Perebutan jawatan dalam Kriket Melayu Mei 2020

KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan dalam majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan lebih terbuka dalam persidangan agung musim depan dijadualkan akhir Mei 2020.

Difahamkan sebahagian besar jawatan dipertandingkan sama ada di peringkat tinggi mahupun jawatan ahli majlis biasa.

Ahli majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rusli Asri berkata jawatan utama yang bakal diisi ialah jawatan setiausaha agung yang akan dikosongkan.

Setiausaha kewangan (bendahari) pula difahamkan akan diisi orang baharu berikutan hasrat penyandangnya Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi ingin menumpukan lebih perhatiannya selaku timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia. Beliau juga dikatakan akan ditawarkan jawatan utama dalam Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).

Rusli menyebut, timbalan setiausaha sekarang, M. Najib Hassan mungkin dipertaruhkan untuk bersaing jawatan setiausaha agung jika ada pertandingan. Seorang lagi pemegang jawatan timbalan setiasuaha sekarang, Sham Jalil juga akan menamatkan khidmatnya.

Ahli majlis sekarang, Harith Shariff mungkin akan dinaikkan tanggungjawab sebagai timbalan setiausaha manakala Zarina 'Khan' A. Rahim disebut-sebut bakal memegang jawatan sama.

Kriket Melayu juga merancang 'memasukkan' peguam ternama, Datuk Shamsul-Bahrain Ibrahim menyertai majlis persatuan itu.

Antara nama yang disebut-sebut bakal ditonjolkan sebagai muka baharu ialah setiausaha pertandingan Kriket Melayu, Azman Ahmad Tajri.  Lain-lain yang dicadangkan ialah Mohsain Hashim, A. Salim Hussin, Rosle Azmi, Rashid Yasin, Zulimy Ariffin, Kamil Khirodin  dan Sanah Manap.
 


RUSLI ASRI... ahli majlis Kriket Melayu.



HARITH SHARIFF... jangka ke jawatan timbalan setiausaha.



SHAM JALIL... akan berehat.



ROSLE AZMI... calon terbaharu.