Machang masih kecundang
Sunday, 06 October 2019 19:14
KUALA LUMPUR: Seremban merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan tipis empat larian ke atas finalis tahun lepas, Machang di Bayuemas Oval, Klang 6 Oktober 2019.
Dengan hanya meletakkan sasaran rendah selepas memukul setakat 76 larian, Seremban beruntung apabila menguasai perlawanan dari peringkat awal memadang lagi dengan mngeluarkan ramai pemukul harapan Machang; wakil Kelantan itu.
Tangkapan kemas dan ketepatan sewaktu sesi memadang telah melengkapkan gelaran juara kepada Seremban yang berjaya memahat gelaran buat kali kedua dalam sejarah pertandingan tahunan bertaraf elit itu sejak tahun 1999.
Seremban yang dahulu bersaing atas nama Sekolah Kebangsaan KGV di bawah pengawasan guru ternama MF Thevaratnam telah memperoleh kejuaraan bersama Kuala Langat dalam tahun 1999.
''Apabila lima pemukul utama Machang dipulangkan ke astaka, kami sudah dapat merasai peluang sudah terbuka.
''Kami menang berikutan sikap tidak pernah mengaku kalah sebelum perlawanan berakhir,'' kata pengarah kejurulatihan Seremban, Azman Ahmad Tajri.
Machang selalu juara 2016 dan 2017 serta finalis tahun lepas hanya bertahan setakat 72 larian.
''Walaupun ratusan orang Machang hadir untuk menyokong pasukan kami, ia tidak menepati matlamat,'' kata Zainuddin Harun, jurucakap Machang.
Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid turut sama hadir menyaksikan saingan merebut perisainya yang disediakan sejak tahun 1999 itu.
BABAK AKHIR:
Seremban kalahkan Machang dengan 4 larian.
Seremban 76 (18.4 over) Faris Iskandar Rizal 21, Nabil Yusri 13, Aalif Shamsul Bahrin 11, Amirul Zaquan Abdullah kekal 11. Fathul Fatri Zulkifli 3-5, Mustaqim Abdullah 3-21, Wan Hazwan Azemi 2-12.
Machang 72 (23 over) Irwan Shah Safain 23, Tasnim Harif 12. Nabil Yusri 4-16, Aalif Shamsul Bahrin 3-11, Afdlin Asyraf Usyny 2-16.
Pemain terbaik kejohanan: Aalif Shamsul Bahrin (Seremban)
Pemain terbaik babak akhir: Nabil Yusri (Seremban)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Fadzrin Kate-Lee (KL)