Machang benam Ipoh, Sepang

JUARA tahun 2016 dan 2017, Machang mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan dua kemenangan selesa dalam  pusingan awal Kumpulan B di Bayuemas Oval, 17 Ogos 2019.

Pasukan gagah dari Kelantan itu menumbangkan Sepang dari Selangor dengan 38 larian dalam perlawanan sesi pagi sebelum membenam Ipoh dengan 48 larian pada pertemuan berikutnya.

Juga finalis tahun lepas, Machang akan bertemu Seremban dalam babak akhir 6 Oktober 2019 juga di Bayuemas Oval.

Penyelaras Machang, Zainuddin Harun yakin pasukannya dapat menjinakkan Seremban dalam pertemuan penentu juara dengan menyenaraikan beberapa lagi pemain yang tidak dapat bersama dalam perhitungan pusingan awal itu.

''Ada beberapa lagi pemain dan saya yakin Seremban bakal terperangkap nanti. Hari ini hanya aksi permulaan,'' kata Zainuddin yang banyak berjasa dalam pembangunan kriket remaja di Kelantan.

Dalam perlawanan ketiga, Sepang kalah kepada Ipoh dengan tiga wiket.

 

KEPUTUSAN

Machang kalahkan Sepang dengan 38 larian.

 

 

Machang 123-5 (15 over) Salahuddin Amin kekal 47, Hairil Harisan 18, Mustaqim Abdullah 18, Wan Hazwan Azemi 16. Jeevaneshan Karupiah 4-14.
Sepang 85-7 (15 over) Amir Azzim Azmi kekal 28, Muqri Jafri 16. Wan Hazwan Azemi 2-11.
Pemain terbaik: Salahuddin Amin (Machang

 

Machang kalahkan Ipoh dengan 48 larian.

 

Machang 132-4 (15 over) Hairil Harisan kekal 61, Fathul Fatri Zulkifli 20, Mustaqim Abdullah 16, Salahuddin Amin 11, Wan Hazwan Azemi 10.
Ipoh 84-6 (15 over) Amirul Syarifuddin Saharuddin kekal 41, Airel Syamer Fadzil 13, Irfan Shah Faizal 12. Putra Osama Amin 2-15, Mustaqim Abdullah 2-15. 
Pemain terbaik: Hairil Harisan (Machang)

 

Ipoh kalahkan Sepang dengan 3 wiket.

 

Sepang 80-9 (15 over) Imran Haikal Iskandar kekal 16, Irfan Hazim 13, Amir Azzim Azmi 11, Akram Malek 10. Irfan Shah Faizal 3-7, Amir Syarifuddin Saharuddin 2-15.
Ipoh 82-7 (14.4 over) Irfan Shah Faizal 25, Faiq Abu Bakar 14. Imran Haikal Iskandar 2-13, Jeevaneshan Karupiah 2-23.

Pemain terbaik: Irfan Shah Faizal (Ipoh)