Keazaman di Colombo

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan ke Sri Lanka bersama penolong pengurus, Rashid Yasin (duduk, dua dari kiri) dan jurulatih Sarath Jayawardana (depan, kanan). Turut sama ialah Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker (duduk, kiri) dan jurulatih, SM Mortuza Raihan.Oleh TL ANG
KUALA LUMPUR – Barisan bawah 14 Melayu Malaysia yang akan bertanding pada Cabaran Kriket Trofi Nelson Mendis di Colombo, Sri Lanka dari 9 hingga 21 Disember ini merancang kemaraan lebih cemerlang berbanding dua penyertaan sejak tahun 2007.

Skuad yang dibarisi 14 pemain dan tiga pegawai menjanjikan berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik daripada jangkaan 52 pasukan yang bakal bertanding tahun ini.

Pasukan bimbingan jurulatih dari Sri Lanka, Sarath Jayawardana yang sudah mengharungi empat latihan pusat di samping sesi kecergasan berkolompok di pusat-pusat Projek Kriket Nasional terlalu dahagakan kecemerlangan di bumi Sri Lanka setelah pelbagai pengecapan kemenangan dirasai oleh pasukan-pasukan peringkat usia Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak program pendedahan mulai tahun 1998.

‘’Memandangkan beberapa kelab utama dari Australia, India, Pakistan, Bangladesh dan England akan mengambil bahagian, skuad bawah 14 kami bakal menerima pelbagai pengalaman baru terutama sekali daripada pasukan kumpulan negara-negara test.

‘’Apapun pemain kami tidak akan merendah diri kerana banyak kali terjebak dalam perlawanan-perlawanan yang tinggi mutu sebelum ini dan kemenangan sentiasa menjadi matlamat utama,’’ kata pengurus pasukan, Ramli Din; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free; pusat terbaik kriket di negara ini.

Dalam penyertaan tahun 2007 dan 2008, skuad Melayu Malaysia tidak berupaya mara ke kelompok 16 terbaik kerana hanya menduduki tangga ketiga kumpulan daripada tujuh pasukan.

Dengan gilapan yang dilakukan oleh barisan jurulatih Kriket Melayu termasuk Sarath; pelatih skuad utama Sri Lanka awal tahun 1980-an lalu, tahap pemain muda ini sudah diyakini dapat membantu keberkesanan permainan kelak.

Membantu tugasan Ramli di Colombo kelak ialah guru cemerlang kriket dari Melaka, Rashid Yasin yang bertindak sebagai penyelaras merangkap penolong pengurus.

Dua pemain yang membarisi skuad tahun lalu ialah Ahmad Fauzan Malik yang kini dilantik ketua pasukan di samping pembuka balingan dari Kuala Krai, Kelantan, Nasiruddin Mazlan.


KONTINJEN KE SRI LANKA :

Pengurus: Ramli Din (SMK Penang Free)

Penolong pengurus / Penyelaras: Rashid Yasin (SMK Sri Gelam, Melaka)

Pemain:
Ahmad Fauzan Malik (kapten), Nasiruddin Mazlan, Azwar Tajri, Che Wan Razlan Zalati, Noor Afif Saufee, Wafiq Irfan Zarbani, Shahrul Izuddin Mukhtar, Khairul Izuan Razman, Danial Emir Eizat Fzulkifli, Hamzimifzhal Puad, Azwan Idris, Anwar A. Rahman, Zulfahmie Pergau, Zul Hairy Jumakatim,

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan ke Sri Lanka bersama penolong pengurus, Rashid Yasin (duduk, dua dari kiri) dan jurulatih Sarath Jayawardana (depan, kanan). Turut sama ialah Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker (duduk, kiri) dan jurulatih, SM Mortuza Raihan.

BARISAN bawah 14 Melayu Malaysia yang akan ke Sri Lanka bersama penolong pengurus, Rashid Yasin (duduk, dua dari kiri) dan jurulatih Sarath Jayawardana (depan, kanan). Turut sama ialah Pegawai Pembangunan dan Teknikal Kriket Melayu, Haris Abu Baker (duduk, kiri) dan jurulatih, SM Mortuza Raihan.