Sepang hentikan kemaraan Kuala Langat
Tuesday, 30 July 2019 20:40
KUALA LUMPUR: Sepang memaksa Kuala Langat terhenti kemaraan ke pusingan awal Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menang besar 106 larian dalam peringkat kelayakan di Bayuemas Oval 30 Julai 2019.
Kuala Langat yang memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji pada 1999 dan 2000 hanya mampu mengumpulkan 40 larian dalam 10.1 over sewaktu misi mengejar angka lawan yang melakukan 146-9.
''Kuala Langat gagal memanfaatkan peluang setelah memenangi undian. Mereka memaksa Sepang memadang untuk melakukan perangkap awal tetapi tindakan itu tidak berhasil,'' kata pengarah kejurulatihan Sepang, Muammar Isaruddin Mat Isa.
Sepang bergaya menerusi pemukul ketiga, Akram Malek (36 larian) bersama pembuka pukulan, Jeevaneshan Karupiah yang melakukan 21.
Jeevaneshan seterusnya cemerlang dalam sesi balingan dengan analisis 3-5 dalam hanya satu over.
Perlawanan pusingan awal membabitkan Bayuemas (Selangor), Parit Jawa (Johor) dan Seremban diadakan 4 Ogos manakala kumpulan mengandungi Machang (Kelantan), Ipoh dan Sepang berlangsung 17 Ogos 2019. Juara kumpulan bertemu dalam babak akhir 6 Oktober 2019.
KEPUTUSAN:
Sepang kalahkan Kuala Langat dengan 106 larian.
Sepang 146-9 (25 over) Akram Malek 36, Jeevaneshan Karupiah 21, Muqri Jafri 19, Amir Azzim Azmi 17, Adam Naqiuddin Firdaus 10. Aqiff Ariffin 2-18, Harith Sufyan Nazir 2-23, Dhia Danish Rizal 2-29.
Kuala Langat 40 (10.1 over) Akma Afham Aiman Azman 26. Jeevaneshan Karupiah 3-5, Akram Malek 2-4, Imran Haikal Iskandar 2-7.
Pemain terbaik: Jeevaneshan Karupiah (Sepang)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Fadzrin Kate-Lee (KL)