Norhamizan pastikan Selangor bergaya ke babak akhir

KUALA LUMPUR: Selangor bangkit menguasai perlawanan menentang Perlis pada 21 Julai 2019 di Bayuemas Oval, Klang dalam aksi penentuan ke babak akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila mengatasi sasaran lawan dalam over paling akhir saingan dua ining.

 

Selangor yang hanya berada di tangga keempat kumpulan melonjak ke tempat kedua selepas sasaran 15 dalam over terakhir mampu dihimpun hingga 17 larian menerusi dua hayunan enam Norhamizan Hamidon.

 

Selangor yang menang dengan dua wiket ke atas Perlis itu juga menafikan kemaraan finalis tahun lepas Tentera yang tumpas dengan 44 larian kepada juara bertahan, Negeri Sembilan.

 

''Kami melakukan keajaiban menerusi keperkasaan Norhamizan yang pernah dihantar Persatuan Kriket Melayu Malaysia beraksi dalam liga Sri Lanka tiga tahun lepas,'' kata pentadbir kanan pasukan Selangor, Zulimy Ariffin.

 

Dengan meletakkan sasaran 89 larian dalam satu jam akhir, Selangor yang menampakkan kesukaran berjaya memulihkan keadaan menerusi aksi luar biasa Norhamizan.

 

Selangor akan bertemu Negeri Sembilan dalam misi penentu juara pada 24 dan 25 Ogos ini di gelanggang antarabangsa, Bayuemas Oval.

 

Cabaran merebut Perisai Raja-Raja mula dipertaruhkan secara tahunan sejak tahun 1951.

 

KEPUTUSAN:


Negeri Sembilan kalahkan Tentera dengan 44 larian di KGV, Seremban.


Ining pertama:


Negeri Sembilan 141 (43.3 over) Alif Safwan Zol 45, Masrolnizam Masrom 21, Azwar Tajri 17. Asby Tan Aris 3-22, Fhadli Ishak 2-17.


Tentera 126 (38.1 over) Mubin Salahuddin 23, Said Halimin Hasbi 22, Rosman Zakaria 20, Asby Tan Aris 18, Khairul Iman Moner 16. Fuad Johari 2-13, Masrulnizam Masrom 2-16, Azwar Tajri 2-26.

 

 


Ining kedua:

 


Negeri Sembilan 228 (50 over) Azman Tajri 101, Fendy Alias 29, Saiful Ashfaqullah Khan 29, Fuad Johari kekal 28. Fhadli Ishak 3-19, Asby Tan Aris 2-47, Rosman Zakaria 2-48.  

 

Tentera 199 (39.4 over) Asby Tan Aris 52, Razman Zabri 34, Roszaidi Roslan kekal 29, Zaidan Taha Hasim 28, Khairul Iman Moner 17. Nur Ainoll Azizi 3-28, Azwar Tajri 2-47.

 

Pemain terbaik: Azman Ahmad Tajri (NS)

 

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)

 

Selangor kalahkan Perlis dengan 2 wiket di Bayuemas Oval

 

Ining pertama:


Perlis 192 (64.2 over) Hazwan Haziq Rosebi 57, Firdaus Maulana Mohamed 32, Amirul Zubair Zulkifle 29, Hafizuddin Ghafar 17. Kairul Azrin Matsiah 4-68, Amdam Wiliyoh 3-22.

 

Selangor 100 (37 over) Amdam Wiliyoh 22, Faizshal Niaz-Lyn 14, Ammar Uzair Fakri 12. Trisman Rudi 4-17, Elmi Abdul Rahman 4-29.

 


Ining kedua:


Perlis 107 (31.4 over) Hafizuddin Ghafar 18, Hazwan Haziq Rosebi 13, Muhaimin Salahuddin 12. Kairul Azrin Matsiah 4-30, Norhamizan Hamidon 3-33.

 

Selangor 202-8 (40.5 over) Norhamizan Hamidon kekal 87, Norharif Hamidon 33, Fadzrin Kate-Lee 29, Faizshal Niaz-Lyn 26. Elmi Abdul Rahman 6-73, Trisman Rudi 2-50.

 


Pemain terbaik: Norhamizan Hamidon (SEL)

 

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Salahuddin Shamsuddin Mukul (KL)