Saingan Trofi Melayu Antarabangsa ditunda

SAINGAN Trofi Melayu Antarabangsa XII yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 28 Disember 2019 di Hambantota, selatan Sri Lanka telah ditunda ke tahun 2020.

Pengarah pertandingan, Chihan Singhawansa membuat pengumuman berkenaan berikutan keadaan keselamatan di Sri Lanka buat masa ini masih belum stabil berikutan letupan di beberapa geraja baru-baru ini. 

''Ia boleh membahayakan penyertaan pasukan luar,'' katanya di Hambantota.

Jawatankuasa penganjur telah bermesyuarat dan bersepakat untuk menunda pertandingan ke tahun hadapan dan masih mengekalkan Stadium Mahinda Rajapakse sebagai gelanggang utama.

Tiga pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dimulakan sejak tahun 1999; Malaysia, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menjadi tuan rumah pertandingan pertama di Kelab Kilat, Kuala Lumpur.