Saingan lebih terbuka ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Penentuan dua pasukan teratas untuk layak ke perlawanan akhir kriket antara negeri merebut Perisai Raja-Raja kini lebih terbuka.

Dalam perlawanan hujung minggu (20 & 21 April 2019), Perlis kalah dengan ining dan lapan larian kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kajang Oval. Di Bayuemas Oval, Klang pula, Tentera menumbangkan Kedah dengan tujuh wiket.

Bepandukan keputusan minggu ini, Negeri Sembilan selesa dengan 56.45 mata. Apa pun, Tentera (39.59 mata), Perlis (38.73) dan Selangor (37.26) masih berpeluang untuk merebut  tempat ke babak akhir 24 dan 25 Ogos kelak.

''Perlawanan bulan Julai bakal menentukan juara dan naib juara kumpulan yang akan bertarung dalam perlawanan akhir kelak.

''Semua pasukan masih berpeluang dan difahamkan akan menyenaraikan barisan terbaik termasuk yang memiliki kontrak dengan badan kebangsaan,'' kata pengerusi pertandingan Azman A. Tajri.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Perlis dengan ining dan 8 larian (Kajang Oval)

Ining pertama:

Perlis 207 (49.3 over) Jihad Fayez Jailani 55, Amirul Zubair Zulkifle 53, Elmi Abdul Rahman 48. Nik Azril Ariffin 3-37, Azwar Ahmad Tajri 2-37.

Negeri Sembilan 268 (60 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 67, Azwar Ahmad Tajri 61, Nik Azril Ariffin 32, Masrulnizam Masrom 32, Fendy Alias 30, Ikhwan Faiz Johari 18. Elmi Abdul Rahman 3-58, Amirul Zubair Zulkifle 3-61, Islah Muhaimin Zol 3-76.

Ining kedua:

Perlis 53 (15.2 over) Amir Haziq Amir 13, Fadhli Mohd Ramzan 11. Nik Azril Ariffin 4-24, Fuad Johari 2-10, Azwar Ahmad Tajri 2-15. 

Pemain terbaik: Azwar Ahmad Tajri (NS)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Mathan Kumar Muniandy (SEL)

 

Tentera kalahkan Kedah dengan 7 wiket (Bayuemas Oval)

Ining pertama:

Kedah 79 (35.4 over) Noor Ikhwan Rosle 15, Arief Mohd. Yusof 15, Norshahrizat Nordin 12. Fhadli Ishak 5-9, Razman Zabri 2-21, Roszaidi Roslan 2-33.

Tentera 155 (46.2 over) Razman Zabri 33, Roszaidi Roslan 22, Fauzi Ariffin 19, Hairil Anuar 17, Nazri Muhamad Noor 14. Norshahrizat Nordin 6-36, Arief Mohd. Yusof 3-33.

 

Ining kedua:

Kedah 127 (36.2 over) Arief Mohd. Yusof 51, Badrul Naim Mohammad Noor 37, Syahrul Abdul Ghani 12, Norshahrizat Nordin 10. Fhadli Ishak 5-34, Fauzi Ariffin 3-18.

Tentera 56-3 (8.4 over) Hairil Anuar 38, Abdul Rashid Hamid 14. Maarof Mohd. Radzi 2-23.

 

Pemain terbaik: Fhadli Ishak (TEN)

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Sivan Narayanan (SEL)

 

KEDUDUKAN 

Negeri Sembilan... 56.45 mata
Tentera... 39.59
Perlis... 38.73
Selangor... 37.26
Kedah... 14.31