UKM langkah kanan benam juara bertahan

PEMUTAR kanan UKM, Nik Azril Ariffin menyerbu pemukul University of Colombo, Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 2 Disember.Oleh FERZALFIE FAUZI
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KLANG – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amat bernasib baik apabila hanya menang dengan 15 larian ke atas juara bertahan, University of Colombo dari Sri Lanka dalam pertemuan hari kedua Kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, 2 Disember.

Setelah berhadapan dengan gangguan hujan pada sesi petang, pelawat yang disediakan kaedah Duckworth-Lewis dengan meletakkan sasaran 160 untuk menang dalam peruntukan 46 over itu telah menyaksikan pemukul pertengahannya gagal menggunakan peluang mempercepatkan larian pada pengakhiran pertemuan.

"Kami kini tertekan dalam pertemuan terakhir pusingan awal esok (hari ini) menentang University of Chittagong. Kami perlu menang untuk mempertahankan peluang ke babak akhir Ahad ini," kata pengurus University of Colombo, Senarath Alwis.

Dibarisi enam pemain kebangsaan, UKM tidak begitu teguh sewaktu memukul pada sesi pagi dengan banyak melakukan 163 larian. Hanya ketua pasukan, Ahmad Faiz Noor melepasi angka 50.

Apa pun skuad dari Sri Lanka itu kehilangan dua wiket sebelum sajian tengah hari yang masih meletakkan mereka berpeluang melepasi angka tuan rumah.

Pengelola UKM, Fairus Shafie berharap pasukannya mengekalkan rentak cemerlang dalam pertemuan kedua hari ini menentang Christ University yang sudah terkeluar daripada saingan berikutan dua kekalahan berturut-turut.

Sementara itu dalam perlawanan di Kinrara Oval, University of Chittagong, Bangladesh menang besar ke atas Christ Univeristy dari India dengan 107 larian.
Setelah memenangi undian, skuad dari Bangladesh itu yang memilih untuk memukul menghimpun 230-9 dalam 50 over.

Pemukul keenam, Shaown Mitra bergaya dengan 52 larian manakala kegarangan itu didokongi oleh Rubel Bishwas dengan 39, Ashraful Hossain Babu 28 dan Sabibul Azam 28.
Christ University yang tumpas kepada University of Colombo dengan sembilan wiket kelmarin hanya mampu setakat 123 larian dalam 38.3 over dengan Jasmeet Singh mengetuk 42.

KEPUTUSAN:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan University of Colombo dengan 15 larian berpandukan kiraan Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan. Sasaran 160 larian dalam 46 over.

UKM 163 (39.5 over) Ahmad Faiz Noor 54, Hammadullah Khan 44, Faruq Hakimin Azmi 28. Pramoth Ferbando 5-21, Ruchiru Samarasinghe 2-27.
University of Colombo 145 (45.1 over) Chaturanga Gunaratna 34, Ranga Prabath 28. Aliman Ahmad 3-22, Hammadollah Khan 3-38, Shahrulnizam Yusof 2-12.
Pemain terbaik: Hammadullah Khan (UKM)
 
University of Chittagong kalahkan Christ University dengan 107 larian.
 
University of Chittagong 230-9 (50 over) Shaown Mitra 52, Rubel Bishwas 39, Ashraful Hosain Babu 38. Arun Vickraman 4-45, Shreyas Debur 3-34.
Christ Univerisity 123 (38.3 over) Jasmeet Singh 42, Aman Baweja 25. Mahfuzur Rahman 3-16, Ashraful Hossain Babu 2-4, Iqbal Bahar 2-14.
Pemain terbaik: Shaown Mitra (Chittagong)

 

PEMUTAR kanan UKM, Nik Azril Ariffin menyerbu pemukul University of Colombo, Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 2 Disember.

PEMUTAR kanan UKM, Nik Azril Ariffin menyerbu pemukul University of Colombo, Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 2 Disember.