Selangor pula kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR - Selangor menguasai pertemuan dengan Kedah dengan kemenangan ining dan 106 larian dalam Kjeohanan Kriket Antara Negeri di Bayuemas Oval pada 6 dan 7 April 2019.

Dengan kemenangan besar itu, saingan merebut Perisai Raja-Raja kini lebih terbuka dengan Selangor di tangga paling atas; 37.26 mata berbanding juara bertahan Negeri Sembilan; 35.57.

Kedah yang memukul terdahulu cuma bertahan setakat 69 larian dalam 35.1 over. Selangor pula mengumpulkan 231-2 dalam 40 over dan mempelawa Kedah memukul semula. Malang sekali bagi Kedah kerana mereka tersungkur cepat pada hari kedua sebelum sajian tengah hari. Kedah di tangga corot dengan hanya 9.65.

Pengurus Selangor Zulimy Ariffin berharap Selangor dapat mencorak permainan lebih cemerlang dalam pertemuan terakhir pusingan awal menentang Perlis pada 20 dan 21 Julai depan.

''Bukan mudah kerana Perlis mengamhil ramai tenaga berwibawa dari Kelantan.yang berada dalam kelompok pemain nasional,'' katanya.

Penyelaras Kedah, Kamil Khirodin bagaimanapun tidak kecewa dengan pasukannya dan akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan Persatuan Kriket Kedah bagi perbincangan lanjut termasuk perancangan memantapkan lagi pemain negeri itu yang kini kurang menyengat.

 

KEPUTUSAN

Selangor kalahkan Kedah dengan ining dan 106 larian.

Ining pertama:

Kedah 69 (35.1 over) Badrul Naim Mohammad Noor 21, Zariman Jaafar 17. Kairul Azrin Matsiah 4-25, Aqil Akmal Wan Ahmad 3-19.    

Selangor 231-2 dec. (40 over) Amdam Wiliyoh kekal 106, Kairul Azrin Matsiah 59, Norhamizan Hamidon 54.

 

Ining kedua:

Kedah 56 (20.4 over) Ahmad Zulhaimy Mohd Salleh 11, Badrul Naim Mohammad Noor 11. Norhamizan Hamidon 5-27, Kairul Azrin Matsiah 4-16.

Pemain terbaik: Kairul Azrin Matsiah (Selangor)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Fhadli Ishak (NS)