Perlis semakin hampiri Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Perlis semakin hampir untuk mengatasi Negeri Sembilan dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja walaupun sekadar seri dengan Tentera dalam saingan di Kajang Oval pada 16 dan 17 Mac 2019. 

Setakat ini, Negeri Sembilan yang memenangi kejuaraan tahun lalu mengutip 35.57 berbanding Perlis 34.13. Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan dalam ining pertama untuk mengesahkan kemenangan dengan enam wiket dalam perhitungan di Bayuemas Oval di Klang. 

Perlis yang mengatasi Tentera dengan 99 larian dalam ining pertama ternyata tersilap percaturan apabila tidak melakukan deklarasi awal bagi mempelawa Tentera mengejar angka sasaran.

''Kami lewat membuat perkiraan. Kalaulah setengah jam awal, saya yakin Tentera akan tersungkur,'' kata pengurus Perlis Azmi Jaafar.

Tentera menamatkan ining kedua dengan 143-8 dengan Rosman Zakaria(kekal 56)  dan Ridzuan Uti (44 tanpa tewas) masih bertahan di lapangan tengah.

Negeri Sembilan pula dapat menghidu peluang apabila berjaya menghentikan pukulan Selangor setakat 94-9 dalam ining kedua dan memiliki masa untuk mengatasi sasaran.

''Kami bernasib baik hari ini. Kami akan teruskan misi untuk mengejar dua tempat teratasi,'' kata pengurus Negeri Sembilan Haris Shariff.

Kejohanan tahunan dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak 1951.

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 6 wiket (Bayuemas Oval)

Ining pertama:

 

Selangor 120 (56.1 over) Norharif Hamidon 24, Kairul Azrin Matsiah 19, Norhamizan Hamidon 18, Faizshal Niaz-Lyn 18, Aizat Hamizan Abd Hamid 18. Mahathir Razali 2-7, Nik Azril Ariffin 2-13, Nur Ainoll Aziz 2-31, Ainool Hafizs Yatim 2-31.
Negeri Sembilan 111 (44 over) Fendi Alias 49, Nik Azril Ariffin 22, Azman Tajri 14, Mahathir Razali kekal 13. Faizshal Niaz-Lyn 3-6, Amdam Wiliyoh 2-18, Norhamizan Hamidon 2-20.

Ining kedua:

 

Selangor 94-9 (51.3 over) Faizshal Niaz-Lyn 49, Amdam Wiliyoh 15. Mahathir Razali 5-16, Nur Ainoll Aziz 2-17.
Negeri Sembilan 109-4 (23.4 over) Nik Azril Ariffin kekal 30, Ainool Hafizs Yatim 27, Zubair Asyraf Nor Azmi 23, Azman Tajri 12. Faizshal Niaz-Lyn 2-34, Kairul Azrin Matsiah 2-34. 

 

Pemain terbaik: Mahathir Razali (NS)
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Nasir Ali (Pakistan)
 
Perlawanan Perlis lwn Tentera berkesudahan seri (Kajang Oval)
 

Ining pertama:

 

Perlis 215 (48.2 over) Ahmad Zubaidi Zulkifle 80, Faiz Ahmad Nasir 43, Amirul Zubair Zulkifle 34, Trisman Rudi 13. Roszaidi Roslan 3-20, Haziq Mohd Hashim 3-50, Fhadli Ishak 2-32.
Tentera 116 (37.3 over) Nazri Mohd Noor 29, Fhadli Ishak 22, Razman Zabri 19, Roszaidi Roslan kekal 17. Faiz Ahmad Nasir 5-38, Trisman Rudi 4-35.

Ining kedua:

 

Perlis 213 (39.3 over) Ahmad Zubaidi Zulkifle 69, Faiz Ahmad Nasir 56, Sudarmin Darwis 29, Islah Muhaimin Zol 11. Rosman Zakaria 5-27, Zaidan Taha Hasim 2-21.
Tentera 143-8 (58 over) Rosman Zakaria kekal 56, Ridzuan Uti kekal 44, Razman Zabri 31. Faiz Ahmad Nasir 8-42.
 
Pemain terbaik: Faiz Ahmad Nasir (Perlis)
Pengadil: Bertle A. James (NS) & Magathewar Murugesu (SEL) 
 

KEDUDUKAN
 
N. Sembilan... 35.57
Perlis... 34.13
Tentera... 21.48
Selangor... 16.95
Kedah... 8