Kriket: Utara mudah atasi Selatan

KUALA LUMPUR  - Utara menyerlahkan kecemerlangan dengan memenangi kedua-dua perlawanan dua pertemuan 50 over dalam aksi kriket Utara menentang Selatan di Bayuemas Oval, Klang pada 25 November 2018.

 

Dalam perhitungan hari pertama 24 November 2018, Utara menang dengan 55 larian manakala 25 November, terus mengukuhkan penguasaan dengan kesungguhan menguasai pertemuan dengan 58 larian.

 

Pemukul Utara dari Kelantan, Faiz Ahmad Nasir menyumbangkan 100 larian dalam aksi hari kedua; sekali gus memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan.

 

Pertarungan bagi merebut Perisai Tuanku Ja'afar itu dipertandingkan semula sejak kejohanan terakhir pada tahun 2004. Semua pemain terbaik akan dikumpulkan akhir tahun untuk aksi penutup kalendar Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

 

KEPUTUSAN 

 

HARI PERTAMA:

 

Utara kalahkan Selatan dengan 55 larian.

Utara 141 (40.4 over) Zubaidi Zulkifle 77; Faiz Ahmad Nasir 15. Nik Azril Ariffin 4-12; Anwar A. Rahman 3-15.

Selatan 86 (25.5 over) Azwar Tajri 27;  Azman Tajri 26. Amiruddin Azahar 5-15; Faiz Ahmad Nasir 2-17.

 

HARI KEDUA:

 

Utara kalahkan Selatan dengan 58 larian.

Utara 206-9 (50 over) Faiz Ahmad Nasir 100; Zubaidi Zulkifle 26; Fikri Makram Rosdi 25; Sudarmin Darwis 23. Anwar A. Rahman 6-24; Azwar Tajri 2-50.

Selatan 148 (44.3 over) Nik Azril Ariffin 47; Noor Afif Saufee 27; Azman Tajri 23. Amirul Zubair Zulkkifle 3-15; Amiruddin Azahar 3-37; Razman Zabri 2-27.

 

Keputusan: Utara kalahkan Selatan 2-0.

 

Pemain terbaik: Faiz Ahmad Nasir (Utara)