UKM mahu tingkat pencapaian

PEMUKUL keempat, Christ University, Jasmeet Singh terganggu dengan bola putaran sambil penjaga wiket University of Colombo, Chamal Rajapaksha bersedia di belakang kayu pancang. KUALA LUMPUR - Pasukan negara yang diwakili Universiti Kebangsaan Malaysia pada Kejohanan Kriket Undangan Antara  Varsiti Asia,  dilihat berpeluang menyerlah dalam pertandingan antarabangsa itu bermula 1 Disember.

Pengurusnya, Khairul Asyraf Rodhi  berkata, skuad negara yang dibarisi enam pemain  berpengalaman mampu menjanjikan  persembahan terbaik, sekali gus memberi  cabaran sebenar kepada wakil dari Sri Lanka, Bangladesh dan India .

Katanya, pasukan yang menggabungkan barisan  pemain kebangsaan dan  belia negara  bakal memantapkan lagi kekuatan skuad UKM.

“Pasukan kriket UKM yang dibarisi pemain bertarafkebangsaan mempunyai peluang untuk  mencipta sesuatu kelak.

“Pertemuan pertama UKM adalah  menentang wakil Sri Lanka , University of Colombo dari Sri Lanka  yang akan berlangsung esok (hari ini) di Bayuemas Oval, Klang.

“Jurulatih UKM, Haris (ABu Baker) terpaksa berhati-hati memandangkan pasukan dari Sri Lanka ini adalah juara bertahan pertandingan yang dimulakan tahun lalu," katanya.

Kejohanan anjuran UKM dengan sokongan Persatuan Kriket Melayu Malaysia turut disertai Christ Universiti dari Bangalore, India dan University of Chittagong dari Bangladesh. Babak akhir berlangsung di Bayuemas Oval Ahad ini.

“Kami berharap akan memporoleh keputusan meyakinkan esok (hari ini) di Bayuemas Oval," katanya.

Dalam pertemuan pertama di Kinrara Oval,  University of Colombo mudah membenam Christ University dengan sembilan wiket.

Christ University yang memadang terdahulu hanya berjaya mengumpulkan 180 larian dalam 47.5 over. Juara bertahan itu mengatasi lawan dengan hanya kehilangan satu wiket apabila melakukan 181-1.
 
PEMUKUL keempat, Christ University, Jasmeet Singh terganggu dengan bola putaran sambil penjaga wiket University of Colombo, Chamal Rajapaksha bersedia di belakang kayu pancang.
PEMUKUL keempat, Christ University, Jasmeet Singh terganggu dengan bola putaran sambil penjaga wiket University of Colombo, Chamal Rajapaksha bersedia di belakang kayu pancang. 
 
Chamal Rajapaksha