Bayuemas atasi Machang dengan tiga wiket

KUALA LUMPUR - Bayuemas memastikan impian juara bertahan, Machang diranapkan apabila memenangi babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan tiga wiket di Bayuemas Oval 21 Oktober 2018.

 

Pasukan dari Selangor itu mengatasi angka Machang (Kelantan) dalam 14.4 over berikutan pukulan empat daripada Ridzuan Hafiz bagi menyempurnakan kecemerlangan untuk merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji.

 

Berikutan gangguan hujan, perlawanan dikurangkan setakat 15 over setiap pasukan, Bayuemas yang memenangi undian dan memaksa Machang memukul dahulu nyata memberi kelebihan kepada pasukan memadang. Machang cuma melakukan 65 larian dengan membuka peluang kepada pasukan yang mengejar.

 

''Saya sudah yakin kami boleh melakukannya. Tahniah kepada barisan pemain,'' kata penyelaras Bayuemas, Redzuan Shahadan.

 

''Kami gagal melakukakannya walaupun pemain sudah berlatih dengan sempurna. Kalau ada lagi kejohanan anjuran Kriket Melayu tahun depan, kami pasti mengambil bahagian,'' kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.

 

KEPUTUSAN BABAK AKHIR

Bayuemas kalahkan Machang dengan 3 wiket. (Peruntukan 15 over berikutan gangguan hujan)

 

Machang 65-6 (15 over) Azri Azhar Amaluz Zaman 20; Wan Fahim Aras Afifi  Azri Sham 11. Aras Azmi Aslam 3-6. 

Bayuemas 66-7 (14.4 over) Ridzuan Hafiz kekal 16; Aashiq Adlyn Rozman 15; Ammar Aiman Haizad 12. 

 

Pemain terbaik babak akhir: Aras Azmi Aslam (Bayuemas)

 

Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Bertle Alex James (NS)