Negeri Sembilan lakar sejarah julang Perisai Raja-Raja

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menguasai babak akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri dengan kemenangan 20 larian ke atas Tentera sekali gus merangkul Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval pada 9 September 2018.

Dengan mengumpulkan sejumlah 220 larian dalam ining pertama dan kedua, Negeri Sembilan memastikan Tentera tertiarap menerusi serbuan pemutar kidal Anwar A. Rahman (7-25) dan Nik Azril Ariffin (2-32) pada penghujung perlawanan.

''Kami cukup berbangga walaupun gagal menghimpun angka tinggi. Kami mampu melakar sejarah dalam kejohanan tertua ini apabila menjuarai pertandingan buat pertama kali,'' kata pengurus Negeri Sembilan, Harith Shariff.

Pertandingan yang dimulakan sejak 1951 bertukar format tahun ini dengan mengutamakan permainan dua ining. Negeri Sembilan yang menjuarai kumpulan B berentap dengan juara bahagian A, Tentera.

Sepuluh pasukan menyertai kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang dimulakan sejak Februari lagi. 

KEPUTUSAN
(Babak akhir)

Negeri Sembilan kalahkan Tentera dengan 20 larian.

Ining pertama:
Negeri Sembilan 113 (43.1 over) Azwar Tajri 30; Zubair Asyraf Nor Azmi 25; Fendi Alias kekal 16. Fauzi Ariffin 3-5; Asby Tan Aris 2-5; Nazri Noor 2-18.
Tentera 109 (41.5 over) Fauzi Ariffin 21; Rosman Zakaria kekal 15. Fendi Alias 2-1; Anwar A. Rahman 2-11; Masrulnizam Masrom 2=13; Nik Azril Ariffin 2-119; Norhamizan Hamidon 2-28.

Ining kedua:
Negeri Sembilan 107 (45.5 over) Fendi Alias 21; Azwar Tajri 17. Fauzi Ariffin 4-18; Khairul Iman Moner 3-21.
Tentera 91 (32.5 over) Rosman Zakaria 24; Khairul Iman Moner 15. Anwar A. Rahman 7-25; Nik Azril Ariffin 2-32.

Pemain terbaik babak akhir: Anwar A. Rahman (NS)
Pemukul terbaik: Faizshal Niaz-Lyn (SEL)
Pembaling terbaik: Fauzi Ariffin (TEN)
Penjaga wiket terbaik: Ammar Uzair Fakri (MEL)
Pemain terbaik kejohanan: Mahathir Razali (KEL)

Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fadzrin Kate-Lee (KL)