Bayuemas bersedia untuk jinakkan Machang 21 Oktober 2018

KUALA LUMPUR - Naib juara tahun 2017, Bayuemas mara ke perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan untuk bertemu juara bertahan Machang dari Kelantan pada 21 Oktober 2018.

Dalam kelayakan Kumpulan B, 25 Ogos 2018, Bayuemas dari Selangor membaham dua lagi pasukan; Parit Jawa (Johor) dan Ipoh di Bayuemas Oval. 

Penyelaras Bayuemas, Redzuan Shahadan amat gembira dengan prestasi pasukannya dan yakin dapat membenam Machang kelak.

''Kami akan bersedia untuk mengatasi juara tahun 2016 dan 2017 itu. Bukanlah sukar sangat untuk menjinakkan mereka,'' kata Redzuan yang juga seorang pengadil bertauliah.

Machang memenangi kelayakan Kumpulan A, 18 Ogos lepas dengan mengetepikan Kuala Langat (Selangor) dan Kampung Gelam dari Melaka.


KEPUTUSAN KELAYAKAN B

Perlawanan 1

25 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

 

Bayuemas kalahkan Parit Jawa dengan 29 larian.

Bayuemas 89-7 (15 over) Ammar Aiman Haizad 27; Sri Kanith Muhunan 22; Adam Harris Saleh 12. Ramadhan Nizam 2-9; Nasrullah Ezry 2-17.

Parit Jawa 60-8 (15 over)  Ramadhan Nizam 13; Fairuz Ezwan Sharom 11.Asyraf Rifa’ie Afindi 3-13; Qhais Arsyad Razani 2-14.

 

Pemain terbaik: Ammar Aiman Haizad (Bayuemas)

 

Perlawanan 2

25 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

 

Bayuemas kalahkan Ipoh dengan 6 wiket.

Ipoh 58 (12.4 over) Irfan Shah Faizal 10. Qhais Arsyad Razani 4-3.

Bayuemas 62-4 (8.3 over)  Asyraf Rifa’ie Afindi kekal 28; Adam Harris Saleh 14; Sri Kanith Muhunan 12. Hazriq Syawal Nazri 3-3.

 

Pemain terbaik: Qhais Arsyad Razani (Bayuemas)

 

Perlawanan 3

25 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

 

Parit Jawa kalahkan Ipoh dengan 8 wiket.

Ipoh 34 (13.3 over) Irfan Shah Faizal 11. Nasrullah Ezry 2-1; TM Fatihah Al-Amin 2-3.

Parit Jawa 35-2 (5.4 over)  Danish Hakim Yunus kekal 10.

 

Pemain terbaik: Nasrullah Ezry (Parit Jawa)