Pasukan bawah 12 Machang masih perkasa

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Machang dari Kelantan mara ke perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan setelah membaham dua lagi pasukan dalam pusingan kelayakan Kumpulan A di Bayuemas Oval dekat sini 18 Ogos 2018.

Dalam perlawanan pertama, Machang menang tipis; dengan dua larian ke atas Kuala Langat.  Seterusnya pasukan itu membenam Kampung Gelam dari Melaka dengan 107 larian. (Foto barisan Machang meraikan kecemerlangan)

''Kami semakin menghampiri kejuaraan lagi,'' kata pengurus Machang, Zainuddin Harun.

Babak akhir bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji akan berlangsung pada 21 Oktober 2018 juga di Bayuemas Oval.

KELAYAKAN – KUMPULAN A

Perlawanan 1

18 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

Machang kalahkan Kuala Langat dengan 2 larian

Machang 96-4 (15 over) Mustaqim Abdullah kekal  44; Salahuddin Amin kekal 14; Aidil Adha Ramli 14. Aizuddin H. Norhisam 2-22.

Kuala Langat 94-7 (15 over)  Akram Malek 23; Aizuddin H. Norhisam  19; Asyral Zakari Aidar 13. Mustaqim Abdullah 2-23.

Pemain terbaik: Mustaqim Abdullah (Machang)

 

Perlawanan 2

18 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

Machang kalahkan Kampung Gelam dengan 107 larian

Machang 155-2 (15 over) Hairil Harisan 64; Mustaqim Abdullah 47; Atif Asri kekal 24.

Kampung Gelam 48 (13 over) Akhmar Hakim Akhir 4-13; Mustaqim Abdullah 2-11.

Pemain terbaik: Hairil Harisan (Machang)

 

Perlawanan 3

18 Ogos 2018 (Bayuemas Oval)

Kuala Langat kalahkan Kampung Gelam dengan 74 larian.

Kuala Langat 128-5 (15 over) Putera Jamalullail Azahari 34; Syahir Syamael Shaari 26;Imran Haikal  Iskandar kekal 14. Aiman Aqil Masran 2-16.

Kampung Gelam 54-8 (15 over) Putera Jamalullail Azahari 2-3.

Pemain terbaik: Putera Jamalullail Azahari (Kuala Langat)