Perisai Raja-raja kembali ke format silam

BAGI tahun 2018, saingan antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja kembali kepada format dua ining. Ia bermula pada tahun 1951 apabila perisai rebutan dihadiahkan oleh raja-raja Melayu.

Pertandingan format begini berlangsung sehingga tahun 1975. Mulai 1995, pertandingan dipulihkan setelah menjejaki perisai berharga ini tetapi format 50 over dipertandingkan.

Tahun ini bermulalah siri dua ining lagi; suatu pertandingan silam tetapi amatlah bernilai dari sudut permainan; ketahanan merangkumi gelagat memadang dan memukul. 

Sepuluh pasukan berentap; tentunya rekod penyertaan dalam pertandingan tempatan. Perlis kali pertama beraksi dan bukan pasukan belasahan.

Ramai bekas pemain Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia mengambil peluang keemasan beraksi dan saling bertukar pandangan. Ada yang sudah bekerja dan masih menuntut tetapi ramai antaranya berpeluang ke luar negara; sama ada mewakili skuad kebangsaan, Melayu Malaysia atau dihantar dalam siri penempatan dan pendedahan oleh Kriket Melayu.

Tahun ini juara kumpulan akan beraksi dalam babak akhir dengan finalis tahun lepas, Negeri Sembilan menentang Tentera pada 8 dan 9 September 2018 di Bayuemas Oval.

Tahniah kepada mereka yang meluangkan masa menonjolkan bakat masing-masing dan kepada pasukan yang menyertai; utamakanlah juga pemain pilihan utama kerana hampir 80 peratus mereka dihasilkan dalam program Kriket Melayu.


KEDUDUKAN MATA

KEJOHANAN KRIKET ANTARA NEGERI 2018

( PERISAI RAJA-RAJA )