Sri Lanka juara kali ke-12
Saturday, 28 April 2018 18:29
KUALA LUMPUR - Sri Lanka memenangi kejuaraan kali ke-12 dengan kemenangan 61 larian ke atas Bangladesh dalam babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval 28 April 2018.
Bangladesh yang memenangi undian dan memilih untuk memadang menyeksa Sri Lanka yang berkedudukan 40-8 suatu ketika walaupun bernasib baik terhenti pukulan pada kedudukan 95.
Angka rendah apapun tidak memberikan kelebihan kepada Bangladesh yang menamatkan misi mengejar matlama setakat 34 larian sahaja.
''Cukup mengaibkan bagi kami kerana tidak mampu mengejar angka serendah itu,'' kata pengurus Bangladesh, SM Mortuza Raihan.
Bagi pengurus Sri Lanka, Peelipotha Widana, kemenangan pasukannya bakal memuncakkan lagi nama Sri Lanka sebagai negara hebat dalam kategori peringkat usia.
Pertandingan tahunan dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak 2004.
KEPUTUSAN:
(Babak akhir)
Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 61 larian
Sri Lanka 95 (29.3 over) Asitha Wanninayaka 43, Ranuda Somarathne 19.
Monirul Islam 5-19, Mohammad Ariful Islam 3-5.
Bangladesh 34 (19.2 over) Towhidur Rahman Rafi 17.
Dunith Wellala ge 4-5, Tehan Perera 4-12.
Pemain terbaik babak akhir: Asitha Wanninayaka (LKA)
Permain terbaik kejohanan: Dunith Wellalage (LKA)
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)