Bangladesh, Sri Lanka berentap dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Bangladesh dan Sri Lanka berentap dalam babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa pada 28 April 2018 setelah kedua-dua pasukan selesa dalam pertemuan pusingan kedua 27 April.

Sri Lanka selaku juara sebelas kali dalam sejarah pertandingan yang dimulakan pada tahun 2004 membelasah Melayu Malaysia dengan 208 larian di Bayuemas Oval. Di Kelab Aman pula, Bangladesh mengatasi Afrika Selatan dengan lima wiket.

Melayu Malaysia tertekan sesudah Sri Lanka menghimpun 259-6 yang sekali gus memaksa tuan rumah gementar dan bertahan setakat 51 dalam 23.5 over.

Bangladesh pula mengulangi kekentalan dalam sesi memadang yang mengehadkan Afrika Selatan memukul sehingga angka 67 sahaja.

''Kami akan kembali garang dan secara peribadi saya merasakan mampu menjinakkan Sri Lanka,'' kata pengurus Bangladesh SM Mortuza Raihan.

Kejohanan tahunan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004.

KEPUTUSAN
(Pusingan kedua)

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 208 larian 
Sri Lanka  259-6 (40 over) Abhishek Liyanaarachchi 60, Niman Umesh 53, Mithira Thenura 52, Ranuda Somarathne 48. Syazwan Zainuddin 3-41, Wan Ahmad Asyraf Sukri 2-46.
Melayu Malaysia 51  (23.5 over) Wan Muhammad Azam Ahmad 13. Dunith Wellalage 7-3.
Pemain terbaik:   Dunith Wellalage (LKA)
Pengadil:  Bertle Alex James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS)

Bangladesh kalahkan Afrika Selatan dengan 5 wiket
Afrika Selatan 67 (28.4 over) Fahad Khan 10. Mohammad Ariful Islam 3-23, Abdur Rahman Sayem 2-6.
Bangladesh 68-5 (22.1 over)  Arafat Hossain 24. Maahier Daniels 3-21.
Pemain terbaik: Mohammad Ariful Islam  (BAN)
Pengadil: Fadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)

JADUAL 28 APRIL 2018
(Babak akhir)

SRI LANKA lwn BANGLADESH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
 
Pemukul Sri Lanka Lahiru Chethana cuba mengelak daripada dikeluarkan oleh penjaga wiket Melayu Malaysia Wan Muhammad Azam Ahmad


Pemukul Kidal Sri Lanka Niman Umesh membuat pukulan sisir sambil diperhatikan penjaga wiket Melayu Malaysia Wan Muhammad Azam Ahmad


Pemukul Sri Lanka Lahiru Chethana bersedia untuk memukul balingan sambil diperhatikan penjaga wiket Melayu Malaysia Wan Muhammad Azam Ahmad