Penjaga wiket Sabah meninggal

AKSI Sabarudin sewaktu beraksi untuk Sabah menentang Johor dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tahun 2003.TAWAU - Penjaga wiket kriket Sabah yang juga pemukul pembukaan disegani, Sabarudin A. Salam meninggal dunia Hospital Tawau di sini pada 30 November akibat barah hati.
 
Sabarudin, 40, meninggal seorang balu dan empat anak; seorang lelaki dan tiga perempuan yang masih bersekolah.
 
Setiausaha Persatuan Kriket Sabah, Hatta Patombongi yang juga rakan sepasukan dalam skuad Sabah berkata, Allahyarham tidak dapat meneruskan pekerjaan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Tawau sejak tiga bulan lalu setelah sering berulang-alik ke hospital.
 
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Masjid, Tawau petang 30 November..
 
Sabarudin mula bermain untuk pasukan utama Sabah sewaktu berusia 17 tahun. Pemain berbadan kecil ini adalah antara pemukul utama negeri berkenaan di samping kepintarannya berada di belakang kayu pancang sebagai penjaga wiket.
 
Allahyarham pernah bermain di Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 2002 apabila mewakili Melayu Malaysia dalam Trofi Melayu Antarabangsa.
 
Sabarudin turut bergiat dalam program pembangunan bawah 12 tahun di Tawau yang pernah menjadi pusat Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
 
AKSI Sabarudin sewaktu beraksi untuk Sabah menentang Johor dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tahun 2003.
AKSI Sabarudin sewaktu beraksi untuk Sabah menentang Johor dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tahun 2003.