Sri Lanka menang semua perlawanan pusingan awal

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kalah semua perlawanan pusingan awal Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa; paling akhir tumbang 145 larian kepada Sri Lanka di Bayuemas Oval, 25 April 2018.

Apapun tuan rumah akan menghitung nasib sekali lagi dengan Sri Lanka dalam pusinganj kedua Jumaat ini di gelanggang sama.

Dalam pertemuan 25 April,  Sri Lanka yang memukul terdahulu mengumpulkan 200 larian dalam 35.5 over. Melayu Malaysia tertiarap mudah dalam 25.2 over apabila hanya melakukan 55.

''Kami bakal mempamerkan yang terbaik dua hari lagi. Bukan mudah berhadapan dengan asakan pasukan yang bagus,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Rashid Yasin.

Dalam pertemuan di Kelab Aman, Bangladesh yang diaibkan Sri Lanka 24 April, bangkit menewaskan Afrika Selatan dengan lima wiket.

Pertandingan tahunan merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004.


KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 145 larian.
Sri Lanka  200 (35.5 over) Randula Dasun 87, Ranuda Somarathne 50, Ganganath Edirisinghe 29.
Wan Ahmad Asyraf Sukri 4-25, Ahmad Iqraam Hakim Akhir 3-31.
Melayu Malaysia 55 (25.2 over) Wan Muhammad Azam Ahmad 13. Dunith Wellalage 5-13, Asitha Wanninayaka 3-11.
Pemain terbaik: Dunith Wellalage (LKA)
Pengadil:  Bertle A James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS)

Bangladesh kalahkan Afrika Selatan dengan 5 wiket.
Afrika Selatan 134 (35.3 over) Abdud-Dayyaan Abrahams 29, Gio Gie 21, Thomas Cowen 15. Abdur Rahman Sayem 3-34.
Bangladesh 138-5 (34.4 over) Arafat Hossain 39, Rubaiyat Ridwan Raiyan 33, Al Moksit Owazeeh 23. Caleb Schoulas 2-17.
Pemain terbaik:  Arafat Hossain (BAN)
Pengadil: Fadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)


JADUAL 27 April 2018
(Pusingan kedua)

MELAYU MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
BANGLADESH lwn AFRIKA SELATAN
(Kelab Aman, 9 pagi)