Pembaling kidal, Perera ranapkan pemukul Bangladesh

KUALA LUMPUR  - Bangladesh ternyata terlalu kerdil buat Sri Lanka apabila tersungkur dengan 121 larian dalam  Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kelab Aman, 24 April 2018.

Cukup menarik, Bangladesh yang mengejar angka Sri Lanka (129 larian), dihentikan pukulan pada kedudukan 17; angka paling rendah dalam sejarah kejohanan merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu yang dipertandingkan sejak tahun 2004. Pembaling kidal Sri Lanka, Tehan Perera mengamuk dengan analisis serbuan enam wiket untuk empat larian.

''Saya amat terkejut dengan aksi memalukan ini. Kami terpaksa mengubah strategi dalam perlawanan ketiga esok untuk menewaskan Afrika Selatan,'' kata pengurus Bangladesh, SM Mortuza Raihan.

Pertemmuan Melayu Malaysia dengan Afrika Selatan di Bayuemas Oval pula terganggu berikutan hujan lebat. Apa pun aksi menarik tuan rumah untuk memenangi perlawanan hari ini tidak kesampaian apabila tumpas dengan 28 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis. Arika Selatan melakukan 101-4 dalam 24 over tetapi Melayu Malaysia hanya melakukan 108-6 dengan sasaran 137.

''Kami akan melakukan yang terbaik apabila menentang Sri Lanka dalam pertemuan ketiga,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Rashid Yasin.

KEPUTUSAN:

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 28 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis. Sasaran 137 larian dalam 24 over. 
Afrika Selatan 101-4 (24 over)  Dylan Lawson kekal 37, Thomas Cowen 31, Abdu-Daiyaan Davids 15.
Wan Ahmad Asyraf Sukri 3-12.
Melayu Malaysia 108-6 (24 over) Shamsul Ikmal Azman kekal 40, Ahmad Iqraam Hakim Akhir 24.
Pemain terbaik: Dylan Lawson  (RSA)
Pengadil: Fadli Ishak (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS)

Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 112 larian.
Sri Lanka 129 (35.2 over) Asitha Wanninayaka 26, Abhishek Liyanaarachchi 21, Dunith Wellalage 21.
Md. Jahidul Hasan 4-16, Abdur Rahman Sayem 3-22
Bangladesh 17 (13.5 over) Tehan Perera 6-4.
Pemain terbaik:  Tehan Perera (LKA)
Pengadil: Bertle A James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)

JADUAL 25 APRIL 2018:

MELAYU MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

AFRIKA SELATAN lwn BANGLADESH
Kelab Aman, 9 pagi)