Sri Lanka, Bangladesh atasi pencabar

KUALA LUMPUR -  Sri Lanka menayangkan penguasaan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa setelah membaham Afrika Selatan dengan sembilan wiket dalam aksi hari pertama di Kelab Aman, Kuala Lumpur 23 April 2018.

Setelah merangkul Trofi Tuanku Ja'afar bagi tahun ke-11 sejak pertandingan dimulakan pada tahun 2004, Sri Lanka mengejutkan lawan apabila mengehadkan pungutan larian setakat 78 larian dalam 35.1 over.

''Keadaan lapangan tengah sedikit lembab tetapi kami dapat menguasai perlawanan untuk mengatasi Afrika Selatan dalam 15.5 over,'' kata pengurus Sri Lanka, Peelipotha Widana.

Dalam satu lagi perlawanan, tuan rumah, Melayu Malaysia tersungkur 121 larian kepada Bangladesh di Bayuemas Oval.

Kejohanan yang diadakan secara tahunan itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN

Bangladesh kalahkan Melayu Malaysia dengan 121 larian.

Bangladesh 180 (38.4 overs)  Arafat Hossain 60, Rubaiyat Ridwan Raiyan 28, Md Jahidul Hasan 21. 

Amirul Asraf Ayob 3-23, Syamil Fadzli Shaharuddin 3-23, Syazwan Zainuddin 2-38.

Melayu Malaysia 59 (20.5 overs) Wan Ahmad Asyraf Sukri 11. Abdur Rahman Sayem 4-3, Fihor Esrar Eham 2-19.

Pemain terbaik: Arafat Hossain (BAN)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS)



Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 9 wiket.

Afrika Selatan 78 (35.1 overs)  Albertus van der Merwe 30. Asitha Wanninayaka 3-7.

Sri Lanka 79-1 (15.5 overs) Abhishek Liyanaarrachchi 30, Lahiru Chethana 15.

Pemain terbaik:  Asitha Wanninayaka (LKA)

Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)


JADUAL 24 APRIL 2018

MELAYU MALAYSIA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

BANGLADESH lwn SRI LANKA
(Kelab Aman, 9 pagi)