Muka lama masih kuasai Kriket Melayu

SEBAHAGIAN besar muka lama masih membarisi kepemimpinan Persatuan Kriket Melayu Malaysia selepas selesai persidangan agung tahunan penggal 2018-2020 di Kuala Lumpur pada 24 Mac 2018.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengekalkan jawatan sebagai yang dipertua apabila menang tanpa bertanding. 

Turut sama menang tanpa dicabar ialah timbalannya, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob, naib yang dipertua Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dan Datuk Mir Shahariman Shaharuddin. Wartawan Rosmanizam Abdullah dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi masing-masing memenangi jawatan setiausaha agung dan setiausaha kewangan juga tanpa ditandingi.

Bagi dua jawatan timbalan setiausaha, menyaksikan muka lama, Sham Jalil dan Najib Hassan mempertahankan jawatan dalam perhitungan tiga penjuru.

Untuk kerusi timbalan setiausaha kewangan, Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin menang dalam saingan satu lawan satu.

AHLI MAJLIS KRIKET MELAYU 2018-2020:
Yang Dipertua: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Timbalan Yang Dipertua: Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob
Naib Yang Dipertua: Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin; Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.
Setiausaha Agung: Rosmanizam Abdullah
Timbalan Setiausaha: Sham Jalil; Najib Hassan
Setiausaha Kewangan: Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.
Timbalan Setiausaha Kewangan: Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin
Ahli Majlis Biasa: Mohidin Hashim, Khailani A. Jalil, Dr. Johari Ibahim, Ramli Din, Zarina A. Rahim, Rusli Asri.
Juruaudit Dalam: Kamal Effendy Abdul Rashid; Faizshal Niaz-Lyn.