Latihan pusat bawah 15 awal Februari

SERAMAI 26 pelatih disenaraikan untuk mengharungi sesi latihan pusat bagi mengharungi Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa bermula 23 hingga 29 April tahun 2018.
 
Sesi latihan pusat dari 4 hingga 9 Februari 2018 di Akademi Kriket Melayu Tuanku Ja'afar di Bayuemas Oval itu dikendalikan oleh jurulatih Kelantan dari Sri Lanka, Pramuka Liyanage dengan bantuan Azmi A. Majid sebagai pengurus.  Bekas penjaga wiket terbaik negara, Mohd. Haris Abu Baker juga akan membantu. 
 
Seramai 14 pemain akan dipilih menganggotai skuad Melayu Malaysia dalam misi bertemu tiga pasukan handal, Afrika Selatan, Bangladesh dan Sri Lanka.
 
Kejohanan tahunan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar dimulakan sejak tahun 2004 anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia. 
 
SENARAI PASUKAN PELATIH BAWAH 15:
 
1.    Muhammad Hazriq Azmir
2.    Muhammad Zulhaikal Akram Mat Tajudin
3.    Ahmad Iqraam Hakim Mohd. Akhir
4.    Wan Muhammad Azam Wan Ahmad
5.    Muhammad Hafidzi Ngadiman
6.    Muhammad Iskandar Mohd. Safain
7.    Mohd. Nurhafiza Maliki
8.    Mohd. Shakir Suhaimie
9.    Muhammad Amirul Asraf Ayob
10.  Muhammad Shukran Mohd. Razali
11.  Wan Mohammad Haikal Wan Mohammad Azemi
12.  Muhammad Danial Mohd. Shah
13.  Muhammad Haikal Hafizi Abdul Kahar
14.  Muhammad Haziq Aiman Mohd. Hafiz
15.  Muhammad Amir Haziq Mohd. Isa
16.  Muhammad Azhari Zakari Aidar
17.  Muhammad Zahin Mahdhir
18.  Muhammad Amir Mazlan
19.  Muhammad Syazwan Zainuddin
20.  Nur Arif Jumat
21.  Shamsul Ikmal Shamsul Azman
22.  Syahmil Ikhwan Tasip
23.  Thaqib Umayr Syukran Fadzli
24.  Muhammad Najmi Ikmal Hisham
25.  Muhammad Syamil Fadzli Shaharuddin
26.  Wan Ahmad Asyraf Wan Ahmad Sukri