MCA gagal anjur pertandingan bawah 19 nasional

APA sudah jadi? Kejohanan Bawah 19 Antara Negeri Kebangsaan yang sepatutnya dianjur Persatuan Kriket Malaysia atau MCA  dari 16 hingga 23 Disember 2017 terpaksa dibatalkan. 

Nampaknya janji MCA tidak menepati kehendaknya. MCA sebelum ini dengan lantang melaungkan bahawa hanya pertandingan anjuran badan itu menjadi asas pemilihan pemain mewakili skuad kebangsaan.

Pertandingan tempatan lain walaupun bertaraf tinggi tidak disenangi MCA. Pemain beraksi dalam pertandingan luar negara dan menyerlah juga dikatakan tidak diambil kira.

Pertandingan bawah 19 yang mahu dianjurkan itu tidak mendapat sambutan ahli gabungan. Tahun lepas difahamkan 10 pasukan beraksi. Kali ini hanya empat sahaja menyatakan kesanggupan. 

Jadi, macam mana mahu pilih pemain?