Kalabagan kecewakan Mumbai dengan satu wiket

KUALA LUMPUR - Kelabagan memastikan kejuaraan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa  menjadi milik mereka apabila menumbangkan Mumbai CC tipis dengan satu wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, 8 Oktober 2017.

Bermain dengan penuh yakin, wakil Bangladesh itu menghentikan pukulan pasukan pilihan dari India itu setakat 97 dalam hanya 29.2 over.

''Saya tidak faham dengan permainan Mumbai hari ini. Semua pukulan menghampakan,'' kata pengurusnya, Jwala Singh Kaushik.

Kalabagan kehilangan dua wiket awal tanpa larian dalam over pertama sewaktu memukul tetapi mampu memenangi Piala Tun Ahmad Sarji dalam pertandingan edisi keenam itu. Mereka melakukan 98-9 dalam 32.3 over.

Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kejohanan anjuran Kriket Melayu dipertandingkan sejak tahun 2012.

KEPUTUSAN BABAK AKHIR 

Kalabagan kalahkan Mumbai CC dengan 1 wiket.

Mumbai CC 97 (29.2 over) Sachin Madhukar Yadhav 36, Vinayak Samant 15, Murtuza Hussain 14.  Syed Mokammel Ali 6-15, Ratan Das 2-18.

Kalabagan 98-9 (32.3 over) Md. Minhaz Khan 17, Md. Furkan kekal 16, Mohammad Rony Faysal 15, KH Ashiqul Islam 14, Syed Mokammel Ali 11.  Shashikant Eknath Kadam 4-13, Vedant Ravindra Patil 2-14, Parag Prakash Khanapurkar 2-27.      

Pemain terbaik: Syed Mokammel Ali (Kalabagan).

Pengadil: Zaidan Taha Hasim (MAS) & Bertle Alex James (MAS).

 

Referi: A. Salim Hussin (MAS).