Colombo atasi Melayu Malaysia untuk tangga ketiga

KUALA LUMPUR - Colombo menyempurnakan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 27 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 7 Oktober 2017.

Memukul setelah memenangi undian pada sebelah pagi, wakil Sri Lanka itu melakukan 152 dalam 48.3 over. Pemukul awalnya, Yeshan Wickramarachchi tenang dalam mengumpulkan 51 larian.

Melayu Malaysia bermula dengan baik pada awal ining tetapi wiket mula diranapkan selepas 20 over hasil serbuan pemutar lawan.

''Kami tidak menjangka keadaan sebegini boleh terjadi. Malang menimpa kami tetapi pemain sudah melakukan apa yang terdaya,'' kata pengurus Melayu Malaysia Azmi Majid. 

Tuan rumah terhenti pukulan setakat 125 dalam hanya 38.5 over.

Pertemuan akhir antara Mumbai (India) dengan finalis tahun lepas, Kalabagan (Bangladesh) berlangsung 8 Oktober; juga di Bayuemas Oval.

 

Kejohanan tahunan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia dipertandingkan sejak tahun 2012.  

KEPUTUSAN:

 

Colombo kalahkan Melayu Malaysia dengan 27 larian.

Colombo 152 (48.3 over) Yeshan Wickramarachchi 51, Tharushan Iddamalgoda 20, Chanaka Devinda 18, Tharindu Madushanka 16.  Anwar A. Rahman 2-18, Rashid Ahad 2-18, Shukri Rahim 2-22, Suharril Fetri Shuib 2-42.

Melayu Malaysia 125 (38.5 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 23, Anwar Arudin 18, Che Wan Razlan Zalati 18, Nazril A. Rahman 15, Tharaka Anurada 4-22, Tharushan Iddamalgoda 3-24, Mohamed Rashad 2-25.      

Pemain terbaik: Tharaka Anurada (Colombo District).

Pengadil: Zaidan Taha Hasim (MAS) & Fadzrin Kate-Lee (MAS).

Referi: A. Salim Hussin (MAS).

 

 
JADUAL 8 OKT.

 

(Perlawanan akhir)

 

MUMBAI CC lwn KALABAGAN

(Bayuemas Oval, 9 pagi)