Kalabagan bangkit untuk mara ke babak akhir

KUALA LUMPUR  - Mumbai CC akan berentap dengan Kalabagan dalam perlawanan akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval 8 Oktober 2017.


Dalam pertemuan pusingan kedua 6 Oktober, Mumbai layak berpandukan kelebihan pusingan awal apabila pertemuan skuad dari India itu dengan Melayu Malaysia berkesudahan tanpa keputusan berikutan hujan lebat dan perlawanan tidak dapat diteruskan.

 

Wakil Bangladesh, Kalabagan yang kurang menyinar dalam pusingan awal, bangkit untuk membaham Colombo (Sri Lanka) dengan 92 larian dalam pertemuan di Kelab Aman.

''Cukup menyeksa dengan kekalahan ini. Kami terpaksa berpuas hati dengan perlawanan penentuan ketiga esok,'' kata penyelaras Colombo, Senarath Alwis.

Pengurus Mumbai CC, Jwala Singh Kaushik yakin dapat menjuarai Piala Tun Ahmad Sarji tahun ini kerana kecemerlangan pasukan itu sejak pusingan awal lagi.

''Kami sudah meratah Kalabagan dalam pusingan awal dan kurang bimbang dengan kebangkitannya,'' katanya.

KEPUTUSAN

Perlawanan antara Mumbai Cricket Club dengan Melayu Malaysia tiada keputusan kerana hujan.  Mumbai  mara ke babak akhir dengan kelebihan pusingan awal.

Mumbai CC 216 (50 over) Sachin Madhukar Yadhav 57, Parag Prakash Khanapurkar 44, Vinayak Samant 34, Shashikant Eknath Kadam 30, Murtuza Hussain 19, Aniket Redkar 10.  Nazril A. Rahman 3-23, Shukri Rahim 3-35.

Melayu Malaysia 30-4 (10 over) Shreyansh Satish Bogar 2-10, Murtuza Hussain 2-19.       

Pemain terbaik: Tiada.

Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (MAS) & Fhadli Ishak (MAS).

Referi: A. Salim Hussin (MAS).

 


Kalabagan kalahkan Colombo dengan 92 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 178 larian dalam 32 over.

 

Kalabagan 186 (49.3 over) Syed Mokammel Ali 60, Ratan Das 45, Md. Minhaz Khan 34, Md. Furkan kekal 14.  Tharindu Fernando 3-29, Mohamed Rashad 3-32, Tharindu Suraj 2-14.    

Colombo District Cricket Association 86-9 (32 over) Lahiru Opatha 16, Darshana Hettiarachchi 16, Chanaka Devinda 11, Tharaka Anurada kekal 10, Tharindu Madushanka 10.  Abu Nowajish Siddique 4-36, Md. Marzan Bhuiyan 3-7.

Pemain terbaik: Syed Mokammel Ali (Kalabagan).

Pengadil: Bertle Alex James (MAS) & Zaidan Taha Hasim (MAS).

Referi: Alwi Zaman (MAS).

 

 

JADUAL 7 OKTBER
(Penentuan ketiga)

 

MELAYU MALAYSIA lwn COLOMBO 

(Bayuemas Oval, 9 pagi)