Melayu Malaysia lawan Mumbai dalam pusingan kedua

KUALA LUMPUR - Mumbai CC mendahului kedudukan dalam pusingan awal Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menjinakkan Colombo dengan 57 larian dalam pertemuan di Kelab Aman di sini, 4 Oktober 2017.

Dengan kedudukan itu, Mumbai CC dari India yang dibarisi ramai pemain kelas pertama akan bertemu Melayu Malaysia dalam pusingan kedua 6 Oktober untuk menentukan wakil ke babak akhir 8 Oktober 2017.

Tuan rumah tewas kepada wakil Bangladesh, Kalabagan dengan 19 larian setelah perlawanan dikurangkan sehingga 23 over berikutan gangguan hujan sebelah pagi di Bayuemas Oval, Klang.

Mumbai CC yang memenangi semua pertemuan pusingan awal melakukan 217 dalam 48.1 over. Colombo dari Sri Lanka hanya berupaya membalas setakat 160 berikutan aksi garang pemutar lawan.

''Lupakan sahaja pertemuan hari ini. Kami akan memastikan kemenangan apabila bertemu Kalabagan dalam penentuan ke akhir Jumaat ini,'' kata Presiden Persatuan Kriket Daerah Colombo, Mazher Fazleali.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia dipertandingkan secara tahunan sejak 2012.

KEPUTUSAN:

Kalabagan kalahkan Melayu Malaysia dengan 19 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 23 over kerana hujan.
Kalabagan 124 (22.5 over) Md. Minhaz Khan 47, Syed Mokammel Ali 22, KH Ashiqul Islam 17, Abu Nowajish Siddique 12, Mohammad Rony Faysal 10.  Anwar A. Rahman 2-15.
Melayu Malaysia 105 (21.5 over) Suharril Fetri Shuib kekal 29, Norhamizan Hamidon 21, Nazril A. Rahman 17, Che Wan Razlan Zalati 13.  Md. Marzan Bhuiyan 3-18, Syed Mokammel Ali 2-14, Md. Furkan 2-17.      
Pemain terbaik: Md. Minhaz Khan (Kalabagan).
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (MAS) & Bertle Alex James (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).

Mumbai CC kalahkan Colombo dengan 57 larian.
Mumbai CC 217 (48.1 over) Sachin Madhukar Yadhav 56, Shashikant Eknath Kadam 46, Vinayak Samant 40, Parag Prakash Khanapurkar 33, Vedant Ravindra Patil 12.  Mohamed Rashad 3-23, Tharushan Iddamalgoda 2-32, Tharindu Fernando 2-36.  
Colombo 160 (45.3 over) Yeshan Wickramarachchi 65, Lahiru Opatha 23, Tharindu Madushanka 19, Tharindu Fernando 16, Tharushan Iddamalgoda 13, Chanaka Devinda 13.  Vedant Ravindra Patil 4-35, Parag Prakash Khanapurkar 3-31, Aniket Redkar 2-22.  
Pemain terbaik: Parag Prakash Khanapurkar (Mumbai CC).
Pengadil: Fhadli Ishak (MAS) & Zaidan Taha Hasim (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).

JADUAL 6 OKTOBER 2017
(Pusingan kedua)

MUMBAI CC lwn MELAYU MALAYSIA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
COLOMBO  lwn KALABAGAN
(Kelab Aman, 9 pagi)