Mumbai semakin garang buru kejuaraan
Wednesday, 04 October 2017 08:55
KUALA LUMPUR - Mumbai CC dari India semakin garang dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila cemerlang pada hari kedua dengan kemenangan lapan wiket ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval dekat sini, 3 Oktober 2017.
Pemenang ketiga pertandingan tahun lepas, Mumbai mengejar angka sasaran dengan tenang walaupun menghadapi serbuan hebat pembaling tuan rumah.
Setelah diletakkan sasaran 172 untuk menang, Mumbai menamatkan permainan dengan menyempurnakan 173-2 dalam 44.3 over.
''Kami memiliki ramai pemain kelas pertama yang berpengalaman dan semakin hampir untuk merangkul kejuaraan tahun ini,'' kata pengurus Mumbai, Jwala Singh Kaushik.
Gandingan pemukul pertengahan dan lewat membolehkan Melayu Malaysia mengumpulkan angka baik dalam 47.5 over.
''Pada hakikatnya kami perlu mengumpul angka melebihi 220. Jika ini dapat dicapai, perlawanan lebih seimbang,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Azmi Majid.
Dalam satu lagi perlawanan, Colombo (Sri Lanka) menumpaskan Kalabagan dari Bangladesh dengan 142 larian.
Mumbai CC kalahkan Melayu Malaysia dengan 8 wiket.
Melayu Malaysia 172 (47.5 over) Shukri Rahim kekal 37, Suharril Fetri Shuib 23, Faris Almas-Lee 20, Anwar Arudin 19, Wafiq Irfan Zarbani 19, Norwira Zazmie A. Halim 12. Shreyansh Satish Bogar 4-24, Shashikant Eknath Kadam 3-31, Karansinh Nandey 2-40.
Mumbai CC 173-2 (44.3 over) Sachin Madhukar Yadhav kekal 98, Mohammad Usaid Cutlerywalla 55.
Pemain terbaik: Sachin Madhukar Yadhav (Mumbai CC).
Pengadil: Fhadli Ishak (MAS) & Bertle Alex James (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).
Colombo kalahkan Kalabagan dengan 142 larian.
Colombo 185 (49.2 over) Yeshan Wickramarachchi 47, Lahiru Opatha 42, Tharindu Madushanka 42, Tharindu Suraj 15. Mohammad Rony Faysal 4-26, Ratan Das 2-23, Md. Furkan 2-30.
Kalabagan 43 (15.3 over) Syed Mokammel Ali 12. Tharindu Fernando 5-21, Mohamed Rashad 4-18.
Pemain terbaik: Tharindu Fernando (Colombo).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (MAS) & Fadzrin Kate-Lee (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).
JADUAL 4 OKTOBER 2017
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
MUMBAI CC lwn COLOMBO
(Kelab Aman, 9 pagi)