Colombo, Mumbai bermula cemerlang

KUALA LUMPUR  - Colombo memulakan aksi pembukaan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa  dengan cemerlang apabila mengatasi tuan rumah, Melayu Malaysia dengan 40 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 Oktober 2017.

Memukul dalam sesi pagi, Colombo dari Sri Lanka tertekan dengan kedudukan 47-5 dalam 20 over tetapi berjaya melonjakkan kedudukan sehingga 147-6 dalam peruntukan maksimum pertandingan.

Apa pun tuan rumah mengharungi ranjau dalam misi mengejar larian apabila tertiarap pada kedudukan 107 dakan 44.5 over.

''Saya tidak dapat mengulas panjang. Sesi serbuan Colombo memiliki banyak kelebihan; itulah senjata mereka,'' kata pengurus Melayu Malaysia Azmi Majid.

Kejohanan tahunan merebut Piala Tun Ahmad Sarji itu juga menyaksikan skuad Mumbai dari India menumbangkan Kalabagan dari Bangladesh dengan 79 larian di Kelab Aman.

Walaupun Mumbai hanya melakukan 181 larian, Kalabagan yang merupakan finalis pertandingan tahun lalu tidak mampu mendekati angka lawan.

Chilaw Marians dari Sri Lanka memenangi lima kejuaraan berturut-turut sejak pertandingan dimulakan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia pada tahun 2012. Tahun ini pasukan itu digantikan oleh Colombo.

KEPUTUSAN:

Colombo kalahkan Melayu Malaysia dengan 40 larian.

Colombo  147-6 (50 over) Tharindu Fernando kekal 56, Chanaka Devinda kekal 34, Yeshan Wickramarachchi 20, Tharushan Iddamalgoda 11, Darshana Hettiarachchi 10.  Faiz Ahmad Nasir 3-16.

Melayu Malaysia 107 (44.5 over) Anwar Arudin 18, Norwira Zazmie A. Halim 18, Rashid Ahad 18, Suharril Fetri Shuib 16.  Tharushan Iddamalgoda 3-18, Chanaka Devinda 3-27, Lahiru Opatha 2-20.     

Pemain terbaik: Tharindu Fernando (Colombo).

Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (MAS) & Fhadli Ishak (MAS).

Referi: A. Salim Hussin (MAS).

 

Mumbai kalahkan Kalabagan dengan 79 larian.

Mumbai  181 (42.5 over) Shashikant Eknath Kadam 42, Vinayak Samant 41, Sachin Madhukar Yadhav 31, Ajinkya Belose 20.  Md. Kader Alam 4-19, Md. Marzan Bhuiyan 2-32, Ratan Das 2-49.  

Kalabagan 102 (33.4 over) KM Ashiqul Islam kekal 25, Md. Minhaz Khan 23, Ratan Das 10.  Shashikant Eknath Kadam 2-7, Aniket Redkar 2-15, Parag Prakash Khanapurkar 2-15, Murtuza Hussain 2-20, Karansinh Nandey 2-22.  

Pemain terbaik: Shashikant Eknath Kadam (Mumbai).

Pengadil: Bertle Alex James (MAS) & Zaidan Taha Hasim (MAS).

Referi: Alwi Zaman (MAS).

 

JADUAL 3 OKT. 2017

MELAYU MALAYSIA lwn MUMBAI 

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

COLOMBO lwn KALABAGAN

(Kelab Aman, 9 pagi)