Penang Free School juara kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran

KUALA LUMPUR -  Penang Free School kembali menjuarai Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval dekat sini 10 September 2017.

Penang Free School juara tahun 2007 hingga 2011 bukan memenangi perlawanan secara mutlak tetapi merangkul gelaran juara setelah mendahului ining pertama babak akhir.

Memukul pada hari pertama, 9 September, Penang Free School melakukan 126 larian manakala lawan dari Gua Musang memukul setakat 34. Kemudian dalam ining kedua, pasukan dari Utara itu membuat 132 untuk enam wiket. SMK Tengku Indra Petra pula gagal mengejar sasaran dan hanya bertahan setakat 68-8 dalam 26 over.

''Apa pun saya gembira dengan persembahan Penang Free School dan yang penting dalam peraturan pertandingan, kami menang,'' kata pengetua Penang Free School, Omar Rashid. 

Pengetua SMK Tengku Indra Petra, Sauki Hussin berpandangan bahawa sekolahnya berazam menguasai pertandingan pada musim akan datang.  

''Tahun ini merupakan penampilan pertama sekolah kami dalam babak akhir,'' katanya.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk sekolah Projek Kriket Nasional kendaliannya dianjurkan sejak tahun 2004.

KEPUTUSAN

 

Ining pertama:
Penang Free School 126 (51 over) Zaim Asnawi Osman 33, Aiman Afiq Suhaimi 30, Nuriskandar Rizal Effandi 29, Rahman Razali 10.  Hazriq Azmir 4-16, Zubaidi Zulkifle 3-30, Nor Farhan Sohud 2-14.   
SMK Tengku Indra Petra 34 (32 over) Syazwan Omar 4-7, Wan Aqil Hakimi Zawawi 2-10, Aidil Iman Yahaya 2-11.      

 

Ining kedua:

 

Penang Free School 132-6 (40.5 over) Zaim Asnawi Osman 46, Faqhrul Asyraf Nordin 36, Akmal Ziyad Zainuddin 23, Hakim Harisan 13.  Hazriq Azmir 3-32, Nor Farhan Sohud 2-49.    
SMK Tengku Indra Petra 68-8 (26 over) Afif Harith Sujak 21, Zubaidi Zulkifle 17, Hazriq Azmir 13.  Rahman Razali 3-6, Akmal Ziyad Zainuddin 2-3, Aidil Iman Yahaya 2-25.    
Keputusan: Seri.  Penang Free School dahului ining pertama untuk memenangi kejuaraan.
Pemain terbaik babak akhir: Zaim Asnawi Osman (Penang Free School).
Pemain terbaik kejohanan: Zubaidi Zulkifle (SMK Tengku Indra Petra).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fhadli Ishak (NS).