Clifford atasi SMK Tengku Indra Petra untuk kekal kejuaraan

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah dengan kemenangan 72 larian ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 6 Ogos 2017.

Pertemuan yang turut disaksikan oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin itu meletakkan Clifford dari Kuala Lipis, Pahang dalam kedudukan selesa apabila mengumpulkan 127-6 dengan Nurul Syahira Hassan Ali menyumbang 46 larian.

 

''Kami merasakan angka berkenaan belum cukup selesa tetapi barisan pembaling melakukannnya sewaktu sesi memadang,'' kata ketua penyelaras Clifford, Salamiah Hamat.

SMK Tengku Indra Petra bermula dengan baik tetapi tidak dapat bertahan seperti dikehendaki apabila hanya berkesempatan melakukan 55 larian dalam 18.5 over.

''Kami akan meletakkan sasaran lebih tinggi apabila bertanding tahun hadapan dan bakal bekerja keras mulai sekarang,'' kata pengetua SMK Tengku Indra Petra, Sauki Hussin.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia khusus untuk pusat pembangunan peringkat menengah kendalian pertubuhan itu.

 

KEPUTUSAN

(Babak akhir)

 

 

SMK Clifford kalahkan SMK Tengku Indra Petra dengan 72 larian.
SMK Clifford 127-6 (25 over) Nurul Syahira Hassan Ali 46, Noor Hasniza Saharudin 25, Afiqah Fatin Farhana Azman 14, Nur Syazwina Hanim A. Halim kekal 12.  Nor Sahirah Razali 2-22, Rabiatuladawiah Mat Rahim 2-26, Safina Amira Anuar 2-27.
SMK Tengku Indra Petra 55 (18.5 over) Nor Sahirah Razali 15, Nor Fatihah Aina Hassan 11.  Nurul Fathihah Ibrahim 3-11, Nur Syazwina Hanim A. Halim 2-9, Nur Natasha Nazira Nazri 2-14.  
Pemain terbaik babak akhir: Nurul Syahira Hassan Ali (SMK Clifford).
Pemain terbaik kejohanan: Nurul Syahira Hassan Ali (SMK Clifford).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fadzrin Kate-Lee (KL).