Clifford sah layak ke perlawanan akhir

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis layak ke babak akhir Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah apabila memenangi keempat-empat perlawanan.

Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang, 4 Ogos 2017, skuad juara 2014 dan 2016 itu mengatasi Pattani dari Thailand dengan 121 larian.

Bermula dengan mengumpulkan 164-5 dalam peruntukan 25 over, Clifford menamatkan pukulan lawan sehingga 43 larian.

Pertemuan antara SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dengan Pattani esok bakal menentukan calon ke babak akhir 6 Ogos..

Jurulatih berasal dari Sri Lanka untuk Clifford, Pramuka Liyanage yakin pasukannya dapat mempertahankan kejuaraan berpandukan prestasi semasa.

KEPUTUSAN:

SMK Clifford kalahkan Pattani dengan 121 larian.
SMK Clifford 164-5 (25 over) Nurul Syahira Hassan Ali 35, Nur Syazwina Hanim A. Halim 28, Afiqah Fatin Farhana Azman kekal 22, Saidatul Bariah Munawir 14, Rohaya Jani 11.  Suraida Naegama 3-18. 
Pattani 43 (18.5 over) Shagufta Arwae 19.  Nur Syazwina Hanim A. Halim 3-4, Fairuz Azhar 2-10.  
Pemain terbaik: Nur Syazwina Hanim A. Halim (SMK Clifford).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fadzrin Kate-Lee (KL). 

JADUAL 5 OGOS 2017:
 
SMK TENGKU INDRA PETRA lwn PATTANI
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)