SMK Penang Free masih bergaya
Monday, 16 November 2009 16:37
KUALA LUMPUR – Tiga sekolah projek Persatuan Kriket Melayu Malaysia menafikan penguasaan keseluruhan barisan luar negara dalam saingan kriket bawah 15 KAF anjuran Persatuan Kriket Kuala Lumpur berakhir di sini 15 November.Walaupun kejuaraan berpihak kepada skuad Foundation of Goodness (FOG) dari Sri Lanka, barisan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free meratah sebelas mangsa sebelum tumpas dengan enam wiket kepada barisan berkenaan dalam babak akhir.
Sebanyak 22 pasukan tempatan termasuk dari Australia, Sri Lanka, India dan Bangladesh mengambil bahagian dalam pertarungan versi pendek dalam tahun ketiga.
Dua lagi pasukan Projek Kriket Nasional – Pembangunan Menengah Kriket Melayu itu ialah SMK Victoria (VI) dari Kuala Lumpur dan SMK Tinggi Kajang, Selangor.
VI hanya terkandas dalam separuh akhir, juga kepada FOG dengan 24 larian. SMK Tinggi Kajang pula tumpas dalam suku akhir dengan FOG.
‘’Ini merupakan pencapaian baik walaupun tersekat dalam babak akhir. Banyak perlawanan dalam tiga hari dan kadangkala keletihan menjadi faktor. Dalam tiga hari, SMK Penang Free bermain 12 perlawanan,’’ kata pengurus pasukan Hairol Amin Salim.
Di samping memperoleh gelaran naib juara, SMK Penang Free juga menerima pengiktirafan tambahan apabila ketua pasukannya, Fadzrin Kate-Lee dipilih pemain terbaik kejohanan.
Pertandingan tiga hari itu berlangsung di empat gelanggang, RSC Oval di Bukit Kiara; Bayuemas Oval, Klang; Kinrara Oval dan Kelab Aman.

BARISAN SMK Penang Free yang memenangi tempat kedua saingan bawah 15 KAF berakhir 15 November di RSC Oval.

KAPTEN SMK Penang Free, Fadzrin Kate-Lee menerima ganjaran sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

PENJAGA wiket SMK Penang Free, Ahmad Tajudin Ismail bekerja keras di belakang kayu pancang sambil pemukul Foundation of Goodness, Sri Lanka melakukan pukulan sapu.

PEMUKUL Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Noor Afif Ahmad Saufee (kanan) hampir diperangkap menerusi keputusan mati lari dalam pertemuan separuh akhir.

PEMBALING SMK Penang Free, Tarma Raj Chandra Mohan serius melakukan serbuan.

CHE WAN RAZLAN ZALATI... Bergaya melakukan pukulan empat.