Clifford kekal cemerlang hari keempat
Thursday, 03 August 2017 17:53
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan lima wiket ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam pertemuan hari keempat Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, Klang pada 3 Ogos 2017.
Perlawanan yang hanya dilangsungkan dalam 22 over kerana gangguan hujan beberapa kali telah menayangkan kegagahan Clifford untuk meneruskan penguasaan dalam kejohanan pada musim keempat.
Skuad dari Gua Musang, Kelantan telah menamatkan pukulan setakat 21.2 over dengan 44 larian di papan catatan. Clifford mudah mencapai kemenangan; tahniah kepada kaptennya, Nur Syazwina Hanim A. Halim yang cemerlang dalam pukulan dan meratah dua wiket lawan.
''Kami berharap dapat menjuarai pertandingan tahun ini sekali gus membuktikan Clifford masih gagah walaupun tanpa lima pemain utama yang kini membarisi skuad negara untuk Sukan SEA Ke-29,'' kata jurulatihnya, Pramuka Liyanage.
Juara tahun 2015, Pattani dari Thailand masih tanpa sebarang mata berikutan kalah dua pertemuan berturut-turut.
KEPUTUSAN:
PATTANI lwn SMK CLIFFORD
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)