SMK Tengku Indra Petra pula atasi Pattani

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Aksi Pattani dari Thailand terus menghampakan apabila tumbang dengan 60 larian kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas pada 2 Ogos 2017.


Selepas memenangi undian, Pattani terperangkap apabila membenarkan SMK Tengku Indra Petra melakukan 106-7. 

 

Pattani, juara tahun 2015 tertiarap awal setakat 46 larian dalam 17.5 over. Cuma pemain berasal dari Yala, selatan Thailand, Shagufta Arwae melakukan 14. 

 ''Kami menjangkakan pertemuan kedua bertemu SMK Clifford esok bakal menentukan haluan sebenar pasukan dari Gua Musang ini,'' kata pengurus SMK Tengku Indra Petra, Arif Mat Nawi.

 Babak akhir berlangsung Ahad ini dan akan dihadiri oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

KEPUTUSAN:

SMK Tengku Indra Petra kalahkan Pattani dengan 60 larian.

 

SMK Tengku Indra Petra 106-7 (25 over) Siti Nur Atirah Mutalib 19, Rabiatuladawiyah Mat Rahim 18, Mazni Ismail 16, Nor Sahirah Razali 12.  Suraida Naegama 3-13, Shagufta Arwae 2-19. 
Pattani 46 (17.5 over) Shagufta Arwae 14.  Fatin Nur Sherie Shazleen A. Halim 3-11. 
Pemain terbaik: Fatin Nur Sherie Shazleen A. Halim (SMK Tengku Indra Petra).

 

 


Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fadzrin Kate-Lee (KL). 

 

JADUAL 3 OGOS 2017:

SMK TENGKU INDRA PETRA lwn SMK CLIFFORD

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)