Pattani dikejutkan dengan kekalahan teruk

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis menang besar 129 larian ke atas Pattani dari Thailand pada hari kedua Cabaran Kriket Perempuan bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval 1 Ogos 2017.

 Juara tahun 2014 dan tahun lepas itu bergaya dengan pengumpulan 160-7 dalam 25 over setelah bertindak bijak sebaik sahaja memenangi undian. Pattani yang merupakan pasukan juara tahun 2015 menghadapi pelbagai masalah dalam sesi memadang walaupun dibantu bekas pelatih skuad kebangsaan perempuan Thailand, Shagufta Arwae.

 ''Kami tidak dapat menerima kekalahan teruk ini. Saya akan memastikan persembahan meningkat dan cemerlang apabila bertemu Gua Musang (SMK Tengku Indra Petra) esok,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.

 Bermula dengan baik, Clifford menggenapkan kegarangan menerusi Nurul Syarihara Hassan Ali yang melakukan 43 larian.

 Apa pun pasukan dari wilayah selatan Thailand tersungkur awal dari lapan larian untuk lima wiket dan seterusnya menamatkan pukulan hanya pada kedudukan 31.

 KEPUTUSAN:

 SMK Clifford kalahkan Pattani dengan 129 larian.

SMK Clifford 160-7 (25 over) Nurul Syahira Hassan Ali 43, Rohaya Jani 23, Saidatul Bariah Munawir 12, Afiqah Fatin Farhana Azman 11.  Shagufta Arwae 5-27, Suraida Naegama 2-28. 
Pattani 31 (17.1 over) Nurul Syahira Hassan Ali 3-5, Nur Natasha Nazira Nazri 2-5.. 
Pemain terbaik: Nurul Syahira Hassan Ali (SMK Clifford).
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (KL) & Bertle Alex James (NS).

JADUAL 2 OGOS 2017:

 PATTANI lwn SMK TENGKU INDRA PETRA

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)