Clifford gagah atasi Gua Musang

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis mengatasi SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dengan 37 larian dalam pembukaan Cabaran Kriket Perempuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 31 Julai 2017.

Selepas memenangi undian, Clifford yang memilih untuk memukul mengumpulkan 97-9 dalam peruntukan 25 over dengan Rohaya Jani yang berasal dari perkampungan Orang Asli di Kelantan melakukan 27 larian.

''Kami khuatir dengan pengumpulan larian rendah sewaktu memukul tetapi barisan pembaling memastikan kemenangan Clifford,'' kata jurulatih yang berasal dari Sri Lanka, Pramuka Liyanage.

SMK Tengku Indra Petra bertahan dengan baik di lapangan tengah tetapi angka tidak mencukupi untuk meraih kemenangan.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu dianjurkan sejak tahun 2014 bagi merebut Perisai Tuanku Najihah.

KEPUTUSAN:

SMK Clifford kalahkan SMK Tengku Indra Petra dengan 37 larian.
SMK Clifford 97-9 (25 over) Rohaya Jani 27, Afiqah Fatin Farhana Azman 19.  Nor Sahirah Razali 4-12, Wan Nor Zulaika Sofea Zulkifli 2-14, Rabiatuladawiyah Mat Rahim 2-22. 
SMK Tengku Indra Petra 60-7 (25 over) Nor Fatihah Aina Hassan kekal 13, Wan Nor Zulaika Sofea Zulkifli 13, Siti Nur Atirah Mutalib 10.  Nur Syazwina Hanim A. Halim 2-9, Nurul Fathihah Ibrahim 2-12. 
Pemain terbaik: Rohaya Jani (SMK Clifford).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fadzrin Kate-Lee (KL).

JADUAL 1 OGOS:
 
SMK CLIFFORD lwn PATTANI
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)