Machang kekal juara bagi tahun kedua

KUALA LUMPUR  - Machang mempertahankan kejuaraan dengan membenam Bayuemas dari Selangor dengan 58 larian dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval dekat sini pada 21 Mei 2017.

Juara tahun lepas dari Kelantan itu membina gandingan wiket keempat dengan tenang sehingga mampu mencapai 110-5 dalam 25 over yang diperuntukkan.

''Akhirnya pembaling kami menghasilkan tanggungjawab besar dengan menumbangkan wiket utama Bayuemas.

''Kami berjaya lagi tahun ini dan bakal menyemarakkan semangat untuk lebih bersedia musim depan,'' kata jurulatih Machang, Rusdi Ahmad.

Pemukul Bayuemas hanya bertahan setakat 52 dalam 18.2 over.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 menyediakan hadiah wang tunai lumayan untuk empat pasukan terbaik serta mempertaruhkan Perisai Tun Ahmad Sarji kepada pasukan juara.

KEPUTUSAN

Machang kalahkan Bayuemas dengan 58 larian.
Machang 110-5 (25 over) Afifi Hakimi Ariffin kekal 45, Nik Haikal Danial Khairur Rijal 26, Wan Haizul Azrie Moohamaasming 11.  Sachinu Hettige 2-9.    
Bayuemas 52 (18.2 over) Sachinu Hettige 14, Airel Adam 10.  Muqri Amran 4-10, Hafizulazmi Hashim 4-17.    
Pemain terbaik babak akhir: Afifi Hakimi Ariffin (Machang).
Pemain terbaik kejohanan: Wan Haizul Azrie Moohamaasming (Machang).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).