Machang, Bayuemas berentap dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Machang meneruskan kecemerlangan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila membenam finalis tahun lalu, Parit Jawa dari Johor dengan 97 larian di Bayuemas Oval dekat sini 20 Mei 2017.

Dengan kejayaan separuh akhir itu, Machang dari Kelantan akan bertemu Bayuemas dari Selangor yang menang besar dengan sembilan wiket ke atas pasukan senegeri, Kuala Langat.

Bermula dengan baik, Machang mengumpulkan 178 untuk satu wiket dalam peruntukan maksimum 25 over. Angka tinggi itu bukan tugasan mudah bagi Parit Jawa yang tertiarap dengan angka 81-9.

Bayuemas  memeranjatkan Kuala Langat apabila menghenti pukulan lawan setakat 37 sahaja.  Kuala Langat tidak terdaya dan seterusnya menyerah kalah pada over ke-10 apabila lawan memintas menerusi angka 38-1.

''Musim ini rasa-rasanya bakal memihak kepada Bayuemas. Kami mahu mengulangi keunggulan seperti tahun 2012 dan 2013 sewaktu Bayuemas menjulang Perisai Tun Ahmad Sarji,'' kata penyelarasnya Redzuan Shahadan. 

KEPUTUSAN:
(Separuh Akhir)

Machang kalahkan Parit Jawa dengan 97 larian.
Machang 178-1 (25 over) Muqri Amran kekal 75, Wan Haizul Azrie Moohamaasming 73. 
Parit Jawa 81-9 (25 over) Amirul Albar Anuar Albar 25, Zulfadli Mahpop 17, Nurhanif Norhisham 11.  Nur Eisya Suffiya Alazi 2-1, Rozifikri Rosli 2-16.    
Pemain terbaik: Muqri Amran (Machang).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).

Bayuemas kalahkan Kuala Langat dengan 9 wiket.
Kuala Langat 37 (16.3 over) Asyqal Zakari Aidar kekal 18.  Qhais Irfan Razani 3-8, Sachinu Hettige 2-6.    
Bayuemas 38-1 (10 over) Sachinu Hettige 19, Adam Harris Salleh kekal 10.     
Pemain terbaik: Qhais Irfan Razani (Bayuemas).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Faizshal Niaz-Lyn (KL).

JADUAL 21 MEI 2017
(Babak Akhir):
 
MACHANG lwn BAYUEMAS
(Bayuemas Oval, 10 pagi)