Kuala Langat bangkit untuk atasi Parit Jawa

KUALA LUMPUR  - Finalis tahun lalu, Parit Jawa tergelincir daripada menduduki tangga teratas Kumpulan B apabila diranapkan peluang oleh wakil Selangor, Kuala Langat dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kajang Oval dekat sini, 19 Mei 2017.

Kuala Langat menafikan kegarangan wakil Johor itu dengan kemenangan 42 larian; sekali gus menjuarai kumpulan dan  layak bertemu juara naib johan A, Bayuemas juga dari Selangor dalam separuh akhir 20 Mei.

Bayuemas pula menang besar dengan 148 larian ke atas Kota Kinabalu dari Sabah di Bayuemas Oval manakala juara bertahan Machang (Kelantan) mengekalkan rekod cemerlang dengan memenangi pertemuan keempatnya setelah mengetepikan wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling dengan 70 larian.

Machang akan berentap dengan Parit Jawa dalam separuh akhir dan ia bagaikan ulangan aksi babak akhir tahun lepas.

''Siapa pun lawan, Parit Jawa akan terus mara walaupun tersentak hari ini,'' kata penyelarasnya A. Salim Hussin.

Satu lagi perlawanan di Kajang Oval, Kuching tumpas kepada Pekan dengan 21 larian.

KEPUTUSAN:

Machang kalahkan Bukit Petaling dengan 70 larian.
Machang 157-5 (25 over) Wan Haizul Azrie Moohamaasming 58, Muqri Amran 38, Nik Haikal Danial Khairur Rijal 18, Nur Aqil Baizuri Zainudin kekal 17.  Thaqib Umayr Syukran Fadzli 2-31. 
Bukit Petaling 87-5 (25 over) Faris Hussin 35, Amir Aiman Azmi kekal 24.  
Pemain terbaik: Wan Haizul Azrie Moohamaasming (Machang).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Faizshal Niaz-Lyn (KL).
 
Bayuemas kalahkan Kota Kinabalu dengan 148 larian.
Bayuemas 192-6 (25 over) Sachinu Hettige 55, Qhais Arshad Razani kekal 32, Airel Adam 29, Qhais Irfan Razani 18.  Izat Marwan Rahim 2-18, Zulfitri Jonas 2-36.      
Kota Kinabalu 44 (14.5 over) Irfan Hakimie Amran 22.  Haris Harzan Halim 4-4, Ainul Aiman Zulkafli 3-6.      
Pemain terbaik: Sachinu Hettige (Bayuemas).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Kuala Langat kalahkan Parit Jawa dengan 42 larian.
Kuala Langat 146-4 (25 over) Roveeth Ethan Kunarajah 67, Asyqal Zakari Aidar 24, Faez Zaki kekal 20.   
Parit Jawa 104 (24.4 over) Zul Afiq Jamaluddin 30, Amirul Sabri kekal 17.  Faez Zaki 3-17, Asyqal Zakari Aidar 2-3, Haziq Hakimi Kahar 2-20.   
Pemain terbaik: Roveeth Ethan Kunarajah (Kuala Langat).
Pengadil: Chandra Seger Maria Dass (PER) & Fhadli Ishak (NS).

Pekan kalahkan Kuching dengan 21 larian.
Pekan 116-5 (25 over) Adam Hakimi Ramli 20, Aizad Haiqall Marzuki 15, Hafiz Halim kekal 13.  Nur Dania Syuhada Abedul Samad 2-7, Ekram Aidilfikri Sapri 2-8.     
Kuching 95 (23.3 over) Izuddin Ali 20, Fitra Farhan Faizal 11, Shahrulamirin Agong Ajis 10.  Ammar Khuzaimi Karim 4-15, Musfirah Nur Ainaa Baiti Azmi 2-2.
Pemain terbaik: Ammar Khuzaimi Karim (Pekan).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Fhadli Ishak (NS).
 
JADUAL 20 MEI 2017
(SEPARUH AKHIR)
 
MACHANG lwn PARIT JAWA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KUALA LANGAT lwn BAYUEMAS
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)