Gemencheh mudah atasi Bukit Petaling

KUALA LUMPUR - Setelah memenangi dua perlawanan awal, Bukit Petaling dari Kuala Lumpur tersungkur mudah kepada Gemencheh dengan sembilan wiket dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kajang Oval dekat sini, 18 Mei 2017.

Dalam keadaan tenat setelah terhenti pukulan setakat 38 larian, Bukit Petaling tertiarap hanya dalam 6.4 over setelah wakil Negeri Sembilan itu mengatasi angka lawan dengan 39-1.

''Semua tidak menjadi dan runtuhan wiket yang berterusan memaksa pemain gementar... inilah permainan kriket,'' kata jurulatih Bukit Petaling dari Sri Lanka, Pubudu Aluwihare.

Dalam satu lagi pertemuan di gelanggang sama, Machang dari Kelantan terlalu perkasa setelah membaham Bayuemas (Selangor) dengan 62 larian.

Pasukan pilihan, Parit Jawa (Johor) mengalahkan Pekan dengan empat wiket di Bayuemas Oval, Klang. Ipoh pula mengejutkan Kuala Langat (Selangor) dengan 28 larian.

Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak 1999 juga menyediakan hadiah wang kepada empat pasukan teratas. 


KEPUTUSAN:
 
Parit Jawa kalahkan Pekan dengan 4 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 20 over kerana hujan.
Pekan 73-3 (20 over) Ammar Khuzaimi Karim kekal 15, Harith Irfan Isahmad Jazim 15, Aizad Haiqall Marzuki 10.  amirul Albar Anuar Albar 3-9.
Parit Jawa 74-6 (16.1 over) Amirul Albar Anuar Albar 23, Amirul Sabri 13.  Ammar Khuzaimi Karim 4-11.   
Pemain terbaik: Amirul Albar Anuar Albar (Parit Jawa).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Nazri Noor (KED).

Ipoh kalahkan Kuala Langat dengan 28 larian.
Ipoh 83 (24.4 over) Amin Jahir Hussain 22, Norman Haikal Norhasri 13, Firman Raziff 10.  Haziq Hakimi Kahar 4-18, Ainur Hanani Yatim 2-10, Faez Zaki 2-11.   
Kuala Langat 55-9 (25 over) Norman Haikal Norhasri 2-5, Afiq Azlizaid 2-19.
Pemain terbaik: Norman Haikal Norhasri (Ipoh).
Pengadil: Nazri Noor (KED) & Bertle Alex James (NS).


Machang kalahkan Bayuemas dengan 62 larian.
Machang 161-6 (25 over) Afifi Hakimi Ariffin 64, Wan Haizul Azrie Moohamaasming 40, Muqri Amran 16, Nur Aqil Baizuri 13.  Fahmi Sarudin 2-18, Ainul Aiman Zulkafli 2-27. 
Bayuemas 99 (22.4 over) Sachinu Hettige 62.  Nik Haikal Danial Khairur Rijal 3-14, Rozifikri Rosli 3-24, Nurul Athirah Adeb 2-8.     
Pemain terbaik: Afifi Hakimi Ariffin (Machang).
Pengadil:  Zaidan Taha Hasim (KEL) & Chandra Seger Maria Dass (PER).
 
Gemencheh kalahkan Bukit Petaling dengan 9 wiket.
Bukit Petaling 38 (24.2 over) Amir Aiman Azmi 17.  Noor Manisha Sultan 4-2, Akma Nabil Fakar 3-9, Fakrul Radzi Fairuz 2-7.    
Gemencheh 39-1 (6.4 over) Danish Yusrizal kekal 15, Akma Nabil Fakar kekal 12.    
Pemain terbaik: Noor Manisha Sultan (Gemencheh).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Chandra Seger Maria Dass (PER).

JADUAL 19 MEI 2017:
 
 
MACHANG lwn BUKIT PETALING
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
BAYUEMAS lwn KOTA KINABALU
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)

PARIT JAWA lwn KUALA LANGAT
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
PEKAN lwn KUCHING
(Kajang Oval, 1.30 petang)