Parit Jawa garang atasi Kuching dengan 52 larian

KUALA LUMPUR  - Juara tahun 2015, Parit Jawa meneruskan rentak kegarangannya dengan kemenangan 52 larian ke atas Kuching dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas oval dekat sini, 17 Mei 2017.

Juga finalis tahun lepas, pasukan dari Johor itu memenangi perlawanan pertama (15 Mei) ke atas Ipoh dengan tujuh wiket dan semakin yakin untuk beraksi lagi dalam babak akhir tahun ini.

''Kami masih berbaki dua perlawanan dalam pusingan awal dan pada pandangan pengurusan pasukan, Parit Jawa semakin menghampiri kejayaan,'' kata penyelaras ternama Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Parit Jawa yang memukul terdahulu menghimpun 119-7 tetapi Kuching hanya berupaya mengumpulkan 67 sahaja.

Dalam satu lagi pertemuan di Bayuemas Oval, Ipoh mengatasi Pekan dari Pahang dengan 16 larian.

Di Kajang Oval, wakil Selangor, Bayuemas menumbangkan Gemencheh (Negeri Sembilan) dengan enam wiket manakala Machang (Kelantan)  terlalu kental apabila mengatasi Kota Kinabalu dengan 74 larian.

KEPUTUSAN

Ipoh kalahkan Pekan dengan 16 larian.
Ipoh 76-8 (25 over) Afiq Azlizaid 14, Nur Farhan Aizad Norhamidi 10.  Harith Irfan Isahmad Jazim 2-4, Wan Nurhidayah Mustafa Sabri 2-9, Aizad Haiqall Marzuki 2-10.
Pekan 60 (24 over) Harith Irfan Isahmad Jazim 25.  Amin Jaher Hussain 3-8, Afiq Azlizaid 2-4.   
Pemain terbaik: Afiq Azlizaid (Ipoh).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Nazri Noor (KED).

Parit Jawa kalahkan Kuching dengan 52 larian.
Parit Jawa 119-7 (25 over) Amirul Albar Anuar Albar 32, Amirul Sabri 24, Nurhanif Norhisham kekal 23.  Shahrizat Hakimi Suhai 2-3, Arfan Hazim Kadai 2-10.   
Kuching 67 (20 over) Amirul Sabri 2-3, Zul Afiq Jamaluddin 2-9, Amirul Albar Anuar Albar 2-12.
Pemain terbaik: Amirul Albar Anuar Albar (Parit Jawa).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

 
Bayuemas kalahkan Gemencheh dengan 6 wiket.
Gemencheh 84 (20.5 over) Nasrif Hafizi Saharudin 21, Firdaus Hafizi Azmi 10.  Qhais Arsyad Razani 2-6, Sachinu Hettige 2-14, Haris Harzan Halim 2-15. 
Bayuemas 85-4 (20.3 over) Sachinu Hettige kekal 48.     
Pemain terbaik: Sachinu Hettige (Bayuemas).
Pengadil:  Fhadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
Machang kalahkan Kota Kinabalu dengan 74 larian.
Machang 103 (19.1 over) Wan Haizul Azrie Moohamaasming 29, Afifi Hakimi Ariffin 24, Muqri Amran 11.  Haikal Azumie Rahim 3-34, Zulfitri Jonas 2-22Izat Marwan Rahim 2-27.    
Kota Kinabalu 29 (14.3 over) Haikal Azumie Rahim 12.  Muqri Amran 3-5, Afifi Hakimi Ariffin 2-2.    
Pemain terbaik: Afifi Hakimi Ariffin (Machang).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Chandra Seger Maria Dass (PER).

JADUAL 18 MEI 2017:
 
MACHANG lwn BAYUEMAS
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
BUKIT PETALING lwn GEMENCHEH
(Kajang Oval, 1.30 petang)

PARIT JAWA lwn PEKAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KUALA LANGAT lwn IPOH
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)