Bukit Petaling selesa kuasai pertandingan

KUALA LUMPUR - Wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling meneruskan penguasaan hari kedua Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menewaskan Bayuemas dari Selangor dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval dekat sini, 16 Mei 2017.

Juara pertandingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2011 itu melakukan 106 larian untuk tiga wiket dalam hanya 21.3 over dengan Thaqib Umayr Syukran Fadzli bertahan 36 larian tanpa tewas.

''Kami akan laksanakan misi memburu kejuaraan tahun ini setelah berjaya menghimpun pemain sama sejak tiga tahun lepas,'' kata jurulatih dari Sri Lanka, Pubudu Aluwihare.

Pada 15 Mei, Bukit Petaling mengecewakan Kota Kinabalu dengan lima wiket.

Di gelanggang sama 16 Mei, Gemencheh dari Negeri Sembilan menghampakan Kota Kinabalu dengan lapan wiket.

Sebuah lagi pasukan dari Selangor, Kuala Langat mengatasi Pekan (Pahang) dengan 15 larian manakala Ipoh kalahkan Kuching dengan enam wiket. Kedua-dua pertemuan 25 over itu berlangsung di Kajang Oval.

Pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia bermula sejak  tahun 1999 turut sama menyediakan hadiah wang kepada empat pasukan teratas.

KEPUTUSAN

Bukit Petaling kalahkan Bayuemas dengan 7 wiket.
Bayuemas 105-3 (25 over) Thishan Suresh 28, Sachinu Hettige 23, Qhais Arshad Razani 17, Ainul Aiman Zulkafli kekal 12.   
Bukit Petaling 106-3 (21.5 over) Thaqib Umayr Syukran Fadzli kekal 36, Zachary Nidal Hussein 14, Amir Aiman Azmi 10. 
Pemain terbaik: Thaqib Umayr Syukran Fadzli (Bukit Petaling).
Pengadil:  Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Bertle Alex James (NS).

Gemencheh kalahkan Kota Kinabalu dengan 8 wiket.
Kota Kinabalu 83-7 (25 over) Izat Marwan Rahim 29, Haeqal Shirullah 20.  Izzat Farhan Azman 3-17, Akma Nabil Fakar 2-13.    
Gemencheh 84-2 (12 over) Akma Nabil Fakar 25, Firdaus Hafizi Azmi kekal 24.    
Pemain terbaik: Akma Nabil Fakar (Gemencheh).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Nazri Noor (KED).

Kuala Langat kalahkan Pekan dengan 15 larian.
Kuala Langat 76 (17.2 over) Asyqal Zakari Aidar 24.  Harith Irfan Isahmad Jazim 3-3, Wan Zharif Iskandar Zaki 3-7, Hafiz Halim 2-20.
Pekan 61-9 (25 over) Khairul Hariz Anuar 3-6, Fadzilullah Hairul Nizam 3-14, Ainur Hanani Yatim 2-8.  
Pemain terbaik: Asyqal Zakari Aidar (Parit Jawa).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Chandra Seger Maria Dass (PER).

Ipoh kalahkan Kuching dengan 6 wiket.
Kuching 64 (21.2 over) Haiqal Basare kekal 31.  Amin Jaher Hussain 4-14, Firman Raziff 3-8.
Ipoh 65-4 (14.5 over) Amin Jaher Hussain kekal 13, Noor Iman Kamal 12.  Haiqal Basare 2-11.    
Pemain terbaik: Amin Jaher Hussain (Ipoh).
Pengadil: Chandra Seger Maria Dass (NS) & Fhadli Ishak (NS).
 
JADUAL17 MEI 2017:
 
BAYUEMAS lwn GEMENCHEH
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
MACHANG lwn KOTA KINABALU
(Kajang Oval, 1.30 petang)

PEKAN lwn IPOH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
PARIT JAWA lwn KUCHING
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)