Dua finalis tahun lalu menang mudah

KUALA LUMPUR  - Dua finalis tahun lepas, Machang dan Parit Jawa menang mudah hari pertama Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung di sini, 15 Mei 2017.

Juara bertahan, Machang (Kelantan) menewaskan wakil Negeri Sembilan, Gemehcheh dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval. Parit Jawa dari Johor pula mengalahkan Ipoh dengan tujuh wiket di Kajang Oval.

Gemencheh bermula kurang baik apabila hanya mengumpulkan 48 larian. Machang hanya mengambil lapan over untuk mengatasi lawan.

''Kami bersedia untuk menguasai kejohanan ini lagi. Setelah menjadi juara temasya MSS Malaysia, ini merupakan peluang terbaik untuk menggandakan gelaran,'' kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.

Dalam dua perlawanan lain, Kuala Langat dari Selangor menumbangkan Kuching dengan tujuh wiket manakala Bukit Petaling (Kuala Lumpur) memeranjatkan Kota Kinabalu dengan lima wiket.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji itu turut menyediakan hadiah wang lumayan.

KEPUTUSAN:

Machang kalahkan Gemencheh 9 wiket.
Gemencheh 48 (19.1 over) Nasrif Hafizi Saharudin 14, Danish Yusrizal 11.  Hafizulazmi Hashim 3-8, Nik Haikal Danial Khairur Rijal 2-11.
Machang 49-1 (8 over) Wan Haizul Azrie Moohamaasming kekal 23, Muqri Amran 13. 
Pemain terbaik: Wan Haizul Azrie Moohamaasming (Machang).
Pengadil:  Bertle Alex James (NS) & Nazri Noor (KED).

Kuala Langat kalahkan Kuching dengan 7 wiket.
Kuching 68 (22.2 over) Haiqal Basare 12.  Harith Najmi Kahar 3-5, Fadzilullah Hairul Nizam 2-17, Asyraf Azmi 2-17.    
Kuala Langat 69-3 (7.2 over) Asyraf Azmi 18, Roveeth Ethan Kunarajah 13, Asyqal Zakari Aidar kekal 10.    
Pemain terbaik: Asyraf Azmi (Kuala Langat).
Pengadil: Nazri Noor (KED) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
 
Parit Jawa  kalahkan Ipoh dengan 7 wiket.
Ipoh 44 (17 over) Amir Jaher Hussain 24.  Amirul Albar Anuar Albar 3-12, Zul Afiq Jamaluddin 2-6, Norhanif Norhisham 2-6, Amirul Ahmad Sabri 2-7.
Parit Jawa 45-3 (12.4 over) Amirul Albar Anuar Albar kekal 12.  Firman Razif 2-4.
Pemain terbaik: Amirul Albar Anuar Albar (Parit Jawa).
Pengadil: Chandra Seger Maria Dass (PER) & Zaidan Taha Hasim (KEL).

Bukit Petaling kalahkan Kota Kinabalu dengan 5 wiket.
Kota Kinabalu 121 (24 over) Haeqal Shirullah 34, Irfan Hakimie Amran 22, Izat Marwan Rahim 13.  Irfan Irsyad Rani 3-25.
Bukit Petaling 122-5 (22.1over) Amir Aiman Azmi kekal 21, Faris Hussin 14, Thaqib Umayr Syukran Fadzli 13.  Haikal Azumie Rahim 3-14.
Pemain terbaik: Amir Aiman Azmi (Bukit Petaling).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
JADUAL 16 MEI 2017:
  
BUKIT PETALING lwn BAYUEMAS
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KOTA KINABALU lwn GEMENCHEH
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)

KUALA LANGAT lwn PEKAN
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
KUCHING lwn IPOH
(Kajang Oval, 1.30 petang)