Kriket Melayu tawar Bayuemas Oval antara gelanggang Sukan SEA

KUALA LUMPUR  - Persatuan Kriket Melayu Malaysia menawarkan Bayuemas Oval sebagai gelanggang tambahan bagi acara kriket Sukan SEA Ogos ini.

Bercakap pada hari persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 Mei 2017, Yang Dipertuanya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, beliau telah pun menulis cadangan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola SEA Ke-29 (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong beberapa hari lalu.

''Kami mahu acara kriket dipertandingkan atas gelanggang hebat.

''Kami juga akan melakukan penambaikan padang selama lima minggu bermula akhir bulan ini,'' katanya.

Tiga acara kriket dipertandingkan buat kali pertama dalam Sukan SEAP/SEA yang dimulakan sejak tahun 1959.. Di samping acara Twenty20 untuk lelaki dan perempuan, format 50 over turut disediakan.

Buat masa ini difahamkan daripada Masoc hanya satu gelanggang sahaja mengendalikan acara kriket iaitu di Kinrara Oval.

Ahmad Sarji yang juga Pengerusi Panel Penasihat Sukan tidak mahu pelbagai aduan akan diterima daripada pasukan peserta jika kelakonan gelanggang (pitch behavior) menjadi  tidak tidak menentu jika terlalu banyak perlawanan berlangsung atas satu gelanggang. Kriket dimainkan atas permukaan tanah asli.

''Bayuemas Oval menyediakan pengelola padang (kurator) antarbangsa dan merupakan pakar dalam mengendalikan lapangan tengah. Gelanggang itu juga mendapat pengiktirafan antarabangsa sejak diwujudkan pada tahun 2004,'' katanya.