Misi berat menunggu Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR  - Bangladesh menang tipis dengan enam larian ke atas tuan rumah, Melayu Malaysia dalam pertemuan terakhir pusingan awal Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 April 2017.

Dengan mengumpulkan 108 larian di papan catatan, Melayu Malaysia mengejar tetapi hanya melakukan 102-9 dalam peruntukan 40 over permainan.

''Kami menghampiri misi tetapi masih kekurangan enam larian walaupun berbaki satu wiket. Kami sudah kehabisan over,' kata pengurus Melayu Malaysia, Azmi Abdul Majid.

Dengan keputusan itu, Melayu Malaysia berhadapan tugas berat bertemu juara bertahan Sri Lanka dalam pusingan kedua Sabtu ini.

Sri Lanka pula hanya menang dengan tiga wiket ke atas Afrika Selatan di Kelab Aman 6 April.

Dalam satu lagi pusingan kedua, Bangladesh akan bermain dengan Afrika Selatan.

Pertandingan tahunan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak pembukaan Bayuemas Oval pada 2004.

KEPUTUSAN:
Bangladesh kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 larian.
Bangladesh 108-8 (40 over) Md. Jahidul Hasan 29, Md. Foysal Rahman 19, Maherab Hossain Prodhan Raghib 15, Ishraq Ul Alam kekal 12.  Afiq Syakir Shaharuddin 2-12, Aminuddin Zaki Kamal Ariffin 2-23. 
Melayu Malaysia 102-9 (40 over) Iezzat Daniel Fiqry Ahmad 29, Zam Firdaus Nizam 27, Aqil Akmal Zol 11. Md. Jahidul Hasan 3-13, Ishraq Ul Alam 2-14, Mohammad Amin Rasul 2-18.   
Pemain terbaik: Md. Jahidul Hasan (Bangladesh).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 3 wiket.
Afrika Selatan 104 (40 over) Justin Wareley 27, Darian Naidoo 15.  Pasindu Thennakoon 2-8, Prashan Kalhara 2-10, Abishek Anandakumara 2-14, Amitha Dabare 2-17, R. Lohan Aroshana De Zoysa 2-26.   
Sri Lanka 105-7 (33.5 over) Pavan Rathnayake 27, Amitha Dabare 21, Abishek Anandakumara 18, Kavindu Pathiratne kekal 14, Raveen De Silva kekal 10.  Simon Schultz 2-12, Matthew Klusener 2-16.  
Pemain terbaik: Amitha Dabare (Sri Lanka).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Bertle Alex James (NS).
Referi perlawanan: Norhizan Zainol (JOH).
 
JADUAL PUSINGAN KEDUA  
(8 APRIL 2017)

SRI LANKA lwn MELAYU MALAYSIA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
AFRIKA SELATAN lwn BANGLADESH
(Kelab Aman, 9.30 pagi)